Find us on Facebook

Percutian ke Pulau Langkawi : Menaiki Cable Car Langkawi dan singgah di Bird Paradise serta Muzium Kota Mahsuri

Assalamualaikum. Sejam kami pusing-pusing dalam Galeria Perdana, kemudiannya kami meneruskan lawatan ke Bird Paradise. Kami mengambil keputusan hanya untuk bergambar di luar sahaja. Kejar masa kerana cuti kami bukannya lama. In syaa Allah satu hari nanti kami akan ke sini lagi dan bolehlah masuk pula.

Bird Paradise
Lain kali ada tahun akan datang sini kot.. In syaa Allah

Sempat bagi makan  hamster yang dorang pamerkan depan kaunter

Pintu masuk ke Muzium Kota Mahsuri. 
Singgah bergambar

Jam 3 petang  kami terus ke Langkawi Cable Car. Tempat wajib dilawati. Sedikit Info mengenai kereta kabel.  

 Kaunter tiket Langkawi Cable Car

Terletak 709 meter di atas paras laut, perjalanan menaiki kereta kabel ke puncak kedua tertinggi di Langkawi adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.

Sepanjang 20 minit perjalanan, anda akan melepasi air terjun di dalam hutan dan hutan hujan dara yang sangat tebal. Anda juga boleh melihat negara Thailand di utara dan Indonesia dari arah barat daya apabila langit cerah.Mengembara di kecuraman 42 darjah, sejauh 2.2 kilometer dari stesen dasar ke dua stesen gunung, walaupun angin sepoi-sepoi bahasa sudah cukup membuatkan anda gementar. Tetapi apabila anda sudah biasa dengan perasaan berada di udara, perjalanan ini akan menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan, dan mengujakan.

Pemandangan dari dalam kereta kabel...

Di puncak, terdapat sebuah jambatan gantung di mana anda boleh melihat keindahan pulau Langkawi. Pastikan anda memakai kasut yang selesa kerana perjalanan ke jambatan gantung agak jauh.

Kereta kabel beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 7 malam, bergantung kepada keadaan cuaca. Perkhidmatan mungkin dihentikan ketika angin kencang. Bayaran sebanyak RM15 dikenakan untuk orang dewasa yang mempunyai MyKad dan RM5 untuk kanak-kanak (harga tertakluk kepada perubahan). Info

Bergambar dalam kabel car, gayat jugak sebab memang tinggi

Kami juga sempat merasa pengalaman 6D Cinemotion.

tiket RM 15 / per person

wajib pakai cermin mata 6D

Skrin seperti di panggung wayang.

Penat berjalan, jam pun dah pukul 7 petang. Masa untuk check in di book sini Cenang Rest House, Pantai Cenang.


Malam tu kami habiskan masa kt kawasan Pantai Cenang. tamat aktiviti kami pada hari pertama. Daripada Dataran Lang, kami bergerak Galeria Perdana, singgah di Bird Paradise dan Kota Mahsuri seterusnya ke Langkawi Cable Car. Sempat merasa pengalaman 6D. Penat tapi seronok dan tak sabar untuk aktiviti Island Hopping esok. 

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments