Serat dikenali mampu melancarkan pencernaan dan mencegah dari pelbagai penyakit. Namun serat juga memberi khasiat lain yang tidak kalah penting bagi tubuh.
Memanjangkan usia
Sebuah kajian membuktikan kalau seseorang rutin memenuhi keperluan harian serat (14 gram setiap 1,000 pengambilan kalori) mempunyai peluang hidup 9 tahun lebih panjang daripada yang tidak.
Menjaga kesihatan usus
Memang tidak ada hubungan diet serat dengan risiko kanser usus besar. Meskipun demikian makan serat sesuai keperluan secara tidak langsung mampu menjaga kesihatan usus secara keseluruhan.
Menurunkan kolesterol
Serat larut memainkan peranan penting dalam menurunkan kadar kolesterol jahat di dalam tubuh yang biasanya mencetuskan penyakit kardiovaskular.
Mencegah diabetes
Diet berserat tinggi juga melambatkan penyerapan gula dalam kadar darah. Sehingga seseorang yang rajin memenuhi keperluan serat hariannya akan berisiko kecil diserang diabetes.
Melancarkan pencernaan
Susah buang air besar? Tandanya anda kurang makan serat setiap hari. Jika anda mengalaminya, sebaiknya tingkatkan pengambilan serat sehingga pencernaan menjadi lebih lancar.
Menurunkan berat badan
Serat punya kecenderungan membuat perut menjadi kenyang dalam jangka waktu yang cukup lama. Sehingga jika anda ingin menurunkan berat badan, jangan malas makan makanan yang berserat.
Mencegah serangan jantung
Di dalam sebuah kajian jangka panjang, makan makanan berserat juga dikaitkan dengan mampu mencegah penyakit jantung. Kajian tersebut juga membuktikan kalau serat berkhasiat mencegah inflamasi dan menurunkan tekanan darah.
Itulah fungsi penting serat bagi tubuh. Sudahkah anda makan makanan berserat hari ini? Dah.. bekpes td.. hehe..
ckup kot tuk satu bln bekfes..
biskut spread tuna..
0 Comments