Find us on Facebook

Kisah Seram Hantu Rambut, misteri rambut bertaburan

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Fiza skrg nie duk menghitung hari tuk cuti panjang.. tak dela panjang sgt pun.. Isnin kan cuti Hari Malaysia, pastu Selasa pun Fiza ambil cuti.. esok last kje tp mood nk g bercuti dah menyelubungi hidupku.. hihi.. 

Hari nie Fiza bangun pagi sebab nye nak buat bekal untuk makan tgh hari.. bukan rajin tp sj nk join akak2 opis.. boleh kongsi2 dan tukar bekal.. cm zaman skolah dulu.. pastu time masak duk teringat cite seram romantik korea kat TV semalam.. cerita tu kelakar dan mmg seram jugak la.

google image

Nak dgr cite seram drp Fiza pulak tak? Ok la.. Fiza cerita yer kisah Hantu Rambut.. Kisah nie adalah kisah benar dan En. Hubby yang ceritakan pada Fiza pd zaman kami bercinta dulu.. 

Lepas habis SPM, hubby Fiza teringin nak bekerja di Kuala Lumpur, biasa la keluarga orang susah, bila dah datang KL, hubby dapat kerja di area Kuala Selangor. Tempat tinggal disediakan.. rumah @ hostel 3 bilik dan hubby dpt bilik kecil dan duduk seorang.. tak muat nak kongsi dengan member lain..
 
Setiap pagi means lepas bangun pagi, dalam bilik tersebut kat tepi-tepi bucu dinding mesti banyak rambut terkumpul. Hubby diam jer.. tak cerita pada sesiapa dan ingatkan rambut-rambut siape la yang gugur. Setiap hari bila nak pergi kerja mesti sapu rambut-rambut tu dan buang.. 

Hubby kerja dalam 2 bulan, lepas result SPM keluar decide tuk pulang ke kampung sbb nk sambung masuk tingkatan 6. Sebelum nak keluar dari rumah, hubby nak ucapkan terima kasih pada orang yang bagi tempat tinggal dan sempat juga bertanyakan bilik tersebut kerap ader rambut gugur.. orang tu senyum jer..
 
Lepas itu nak dijadikan cerita, bila dah pulang ke kampung, orang tersebut mungkin tak sampai hati nak diamkan perkara ini dan memberitahu kisah sebenar.. Rupa-rupanya kat dalam bilik tu ada kes perempuan bunuh diri kt kipas siling.. Dia ikat rambutnya kat kipas tu.. sebab itu lah setiap pagi banyak rambut yang gugur kat lantai bilik tersebut..  

Seram tak? hihi.. ok la.. selamat bekerja semua dan jgn biarkan diri diselubungi misteri..  >_<



Post a Comment

13 Comments

  1. eeeeeeeeeee.. memang seram lah! kalo hubby fiza tahu pasal kes ni mesti awal2 lagi dia tak duduk situ . mujur lah rambut ja kan kalo muncul seketoi depan mata lagiii lah takut .. #_#

    ReplyDelete
  2. pnh dgr psl nie, org bunuh diri kt kipas masa kat u dulu....

    ReplyDelete
  3. mujur la tak kacau orang..sekadar tunjuk rambut je

    ReplyDelete
  4. nasib hantu rambut tu tak kacau hubby Fiza, tapi agak seram jugaklah...

    ReplyDelete
  5. Seram gak tu fiza..dah la skrang ni mak zara tak ada kat umh..=D

    ReplyDelete
  6. Nasib baca entry ni belah siang.. Hee.. Fiza bercuti kt mn? Nk mintak email add.. >__<

    ReplyDelete
  7. erkkk..hbis 2 husband ckap ape bila thu kisah 2?? hu3..nsb baik xbgthu awal2..hu3..

    ReplyDelete
  8. wuiii...seramnya la haha btw sy pun selalu ada masalah keguguran rambut :(

    ReplyDelete
  9. eeii seramnya. sy klu dok situ tngok tiap2 hari ada rambut lama dah cabot. tak berani nak duduk lama2. >.<

    ReplyDelete
  10. seramnya fiza.. nasib baik dia tak muncul betul2 depan mata..

    ReplyDelete
  11. pehhh selambe jek tuan rumah tu..huhu..

    ReplyDelete