Assalamualaikum dan selamat berhari minggu. Update untuk hari ketiga di Kota Kinabalu, kami bercadang untuk ke bahagian Kundasang. Kebetulan kami berada di Kota Kinabalu pada 16 September 2013 iaitu Hari Malaysia dan sambutannya di Tanjung Aru Sabah.
Hari nie lagi suasana percutian akan lebih excited dari semalam.. untuk memudahkan korang semua faham.. Fiza sediakan peta ringkas diatas.. Kami akan ke Kundasang, Ranau terus ke Tambunan dan seterusnya pulang ke Kota Kinabalu. Semalam dah tawan area Tuaran. Hari ini ke kawasan yang telah disebut tadi.
16 September 2013, jam 0600.
Kami tiba di Kinabalu Park, kaki Gunung Kinabalu pada jam 0800.. perjalanan lebih kurang 2 jam dari Kota Kinabalu ke Kinabalu Park.. waktu ini memang sangat sejuk dan hujan pula renyai-renyai. Kami hanya bertshirt, nak beku rasanya.
tempat berlepas bagi pendaki Gunung Kinabalu.
Kalau hendak panjat gunung perlu mohon permit RM 100
Tempat terbaik untuk melihat puncak gunung, tapi disebabkan hujan,
dapat tengok kabus jer.
Puncak Gunung Kinabalu yang ditutupi kabus dan awan tebal.
Tunggu punye tunggu sebab keinginan untuk melihat puncak Gunung Kinabalu akhirnya tidak kesampaian. Tak kan kena pegi ke Sabah lagi? In Syaa Allah. Kami pun meneruskan perjalanan ke destinansi seterusnya iaitu Kundasang.
16 September 2013, jam 1000.
Kundasang terletak di kaki gunung dan perjalanan dari Kinabalu Park ke Kundasang hanya 10 minit naik kereta. Pemandangan di Kundasang sangat cantik dan penuh dengan kehijauan. Cuaca pula nyaman dan sejuk walaupun matahari sedang panas terik.
New Zealand Malaysia
Dairy Farm.. Desa Cattle.
Kawasan lembu susu seperti berada di New Zealand. Agaknya kot. Bayaran masuk adalah RM4.00 seorang. Apa yang boleh Fiza katakan.. tempat nie sgt tenang dan best, rasa macam nak guling-guling atas padang rumput yang hijau tu.. cuma risau ader booby trap je..hihi.
Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd.
Dalam bangunan ini terdapat kedai cenderahati,
penjualan susu lembu segar dan juga ais krim.
Fiza tidak berkesempatan untuk beli susu lembu atau ais krim sebabnya perlu beratur panjang sempat beli keychain dan Fridge magnet sahaja.
Tempat anak lembu dan tempat
perahan susu lembu.
Pengalaman memberi lembu dan kambing makan rumput dan susu
Harga seikat rumput RM1.00
Harga sebotol susu lembu RM 1.50.
Comel kan kambing putih tu.
Pemandangan bersama lembu
Puncak gunung Kinabalu sepatutnya di belakang Fiza.
Tapi hanya kabus
16 September 2013, jam 1200.
Oleh kerana kesuntukan masa, kami tidak boleh nak bersiar lama-lama walaupun hati berat hendak meninggalkan Desa Cattle. Dalam perjalanan kami sempat singgah bergambar di Kundasang War Memorial.
Kundasang War Memorial.
this was one of the first memorials to
commemorate the brave Australian and British Prisoners of War
who died in Sandakan
and during the infamous death marches
to Ranau during World War II.
Begitulah perjalanan setengah hari kami untuk hari ketiga. Sambungan akan menyusul kemudian yang mana kami akan ke Ranau.
Wassalam.
7 Comments
sis, total bajet ke sana semuanya berapa?
ReplyDeletesy pun dlm perancangan mcm nk g sana jgk
dlm RM2K cm tu la..sbb nye kat sn best nk shopping..
Deletewowww..syoknya =) mcm kt oversea dh rsa..tp kalau dpt pnjat gunung 2 lg best kan
ReplyDeletecantikk place tu..:)
ReplyDeletedesa cattle tu mmg plg best! rasa macam kat new zealand. alhaii rinduu.
ReplyDeletebestnyeeee.. nak gi sana gakkk..
ReplyDeletecantik tempat2 nie:) best bace entri seperti ini
ReplyDelete