Sambungan daripada entry yang lepas, keesokkannya kami melawat Masjid Kristal.. melihat keindahan masjid yang sangat cantik.. Menurut pemandu pelancong di sini, hanya 4 tiang masjid tersebut sahaja yang diperbuat daripada kristal sebenar.
Kami juga berkesempatan untuk menaiki TTI River Cruise yang melalui sepanjang sungai... Bayaran untuk dewasa adalah RM 20.00 manakala kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas dikenakan bayaran RM 15.00. Perjalanan menyusuri sungai memakan masa 45 minit.
Sebelum pulang ke Kelantan, kami singgah sebentar di Kg. Losong untuk makan keropok lekor.. Keropok lekor kt sini memang betul-betul asli.. Mula-mula kami pesan 60 batang untuk 10 orang makan.... bila habis, kami order lagi.. last-last jumlah kesemua kami makan 80 batang.
Lepas zohor kami bertolak pulang... seronok sangat dapat berjalan bersama keluarga... dengan gelagat anak buah.. macam-macam ragam.. maklumlah anak sendiri tak de lagi... time-time balik kampung la boleh main dengan anak buah.
15 Comments
puas makan kepok losong ea hafiza..pcl baru je lepas makan keropok lekor yg liat...huh nk marah pon ada bil dad terkena...
ReplyDeleteSeronoknya dpat singgah di masjid kristal tu kan fiza..
ReplyDeletebestnya jalan2..
ReplyDeleteseronoknye bercuti2..dlu tb mghi sane dok smpat nak nek boat tuh pn..rasenye kne bayar bape er..lupe da..rugi2..klu x da jln2 lalu bawah jambatan kn ;)
ReplyDeleteteringin juga nak kesana..tgk tmpt org ;)..menarik nie
ReplyDeleteleyla org ganu . rindu pulak dekat negeri sendiri :')
ReplyDeletetak pernah sampai sini lg.. huhu
ReplyDeleteakak tak pernah sampai lagi kat sini..dok dgr pengalaman orang jer.. inyaallah satu hari mesti sampai jugak..=D
ReplyDeleteMemang keropok terengganu memang asli terasa ikan..tapi akak lebih suka makan yang jual di seberang takir..lagi sedap...
ReplyDeleteSeronoknya.keropok lagi la ..pling akak suke tu,, ada lebih boleh htr kt akak..hihi
ReplyDeletepiwittt
ReplyDeletesweetnya hehehehe
bestnya kak fiza hihihi
bila lah qilah nak gi pulak hm hihi
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteamboi best nyer fiza bercuti... hrp fiza akan dpt ape yg diimpi ok.. :)
ReplyDeletebila la agknya akan sampai ke k.terengganu..
ReplyDelete