Assalamualaikum... minggu lepas Fiza berkesempatan untuk beli Ikan Siakap.. masakan yang sesuai untuk ikan nie mestilah siakap stim limau kan.. Tak susah nak buat dan bahan-bahan pun senang.. Bila publish kat FB ada kawan-kawan yang minta resipi.. Menu macam nie baik untuk kesihatan kerana tidak menggunakan minyak.
Bahan-bahan ( 2-4 org )
1 ekor ikan siakap
3 biji bawang putih - di mayang
5 biji cili padi - dicincang
3 biji limau nipis - di ambil airnya
1 biji cili merah - dicincang
1 inci halia - di mayang
Sedikit garam
Sedikit gula
Cara-cara
1. Ikan dibersihkan dan lumur dengan garam. Biar serap garam selama 5 minit.
2. Campurkan semua bahan bahan yang dicintang dan dimayang bersama ikan. (seperti gambar di bawah)
3. Sedia untuk kukus.. Kalau siapa yang ada pemanggang ajaib lagi mudah sebab boleh kukus terus.
4. Kukus selama 15 minit atau pun sampai masak.
5. Sedia untuk dihidang.
Ikan Siakap Stim Limau |
Memang dah jadi favorite En. Hubby. Kalau boleh dia nak menu nie ada setiap minggu. Kalau makan kat kedai confirm RM 30.00 ke atas ikut saiz ikan.. Tapi kos nak buat tak sampai RM 10.00. Selamat mencuba.
Wassalam.
23 Comments
sedapnya...
ReplyDeleteAssalamualaikum fiza. fav sheila ni. tapi dah lama tak masak ikan siakap stim limau. huwaaaaaaaaa terliurnya tengok ni :)
ReplyDeleteMy faveret ever ! Lapaq teruih oih. :D
ReplyDeletebagus masak ikan rebus nie..kurang kolestrol
ReplyDeletesnangnya..good sharing..:)
ReplyDeletesy je suka makan ikan rebus ni... anak n hasben tak suka..tu yg jarang buat tu...
ReplyDeletewow fiza . sedap tu. liya selalu makan time dinner company ja . masak kat umah xpernah lagii :)
ReplyDeleteemmm terliur...sedapnya tgk..:)
ReplyDeleteSimple..anak-anak akak suka makan ikan siakap masak stim..selalu jugaklah masak..
ReplyDeletemakanan sihat ni..sedapnya!
ReplyDeleteya allah dapnyee kak fizaa niiii hihihihihi
ReplyDeleteqilah nk bookmark niiiihi hihihi <33
ReplyDeleterindunya nak makan dkt kedai xD
klu mkn kat luar raye mmg rm 30 . masak 3 rasa pun sedap juga . saya lapar ... blm dinner la dear .
ReplyDeletewah.. sedapnya.. mudah guna pemanggang ajaib.. masa memasak dapat dijimatkan..
ReplyDeletebookmark! mama nak rompak resepi fiza... walaweh!!!... sedap..
ReplyDeletemengancam! tapi mujur dapat menahan ailio lagi hehehe. Kenit baru dapat makan siakap 3 rasa ari tu :)
ReplyDeleteika bookmarked...boleh ika cuba nanti, sebab abah pun minat juga makan ikan2 ni semua hoho
ReplyDeleteTQ share respi ni fiza~
amboi sedapnyeeeeeee...lapa trus..huhu
ReplyDeleteerm... ok... aku lapo...
ReplyDeleteerm... ok... aku lapo...
ReplyDeletemakanan sihat ni!sedap! ^_^
ReplyDeletemakanan sihat ni!sedap! ^_^
ReplyDeleterajinnya dia buat.. :)
ReplyDeletesy x berapa minat pula dgn ikan masak camni..tak tahulah napa..