Assalamualaikum.. hari nie Fiza kena fokus terhadap kerja. tapi ada banyak benda yang mengganggu pemikiran Fiza sehinggakan Fiza tak boleh nak fokus dengan kerja.
Dengan kekangan masa.. nak buat tu.. nak buat nie.. rasa mcm failed je menguruskan masa...Kalau kat opis nie Fiza tengok yang lelaki kalau nak dapat idea, nak teruskan fokus dorang pergi smoking kat luar opis.. tapi kalau perempuan nak buat mcm mana pula yer... stresssss..
Try cari tips untuk fokus kat internet.. terjumpa dan rasanya elok Fiza kongsikan untuk korang yang sedang mengalami masalah seperti Fiza nie...
Tips untuk kekal fokus.
Tetapkan tujuan yang khusus- Sesuatu pekerjaan yang jelas tujuannya akan membuatkan seseorang untuk lebih berusaha dan kekal fokus untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Sekiranya pekerjaan yang anda lakukan tidak mempunyai tujuan yang jelas, pasti amat mudah untuk anda dipengaruhi oleh gangguan luar yang akan mengalihkan perhatian anda daripada memikirkan perkara yang anda sedang cuba usahakan.
Semasa bekerja cuba jauhkan diri dari segala gangguan- Suasana yang tenang dan sunyi dapat membantu seseorang untuk lebih fokus berbanding suasana yang bising. Gangguan luar adalah masalah utama yang akan mengganggu fokus seseorang. Ianya juga termasuk memadamkan televisyen, handphone, radio atau sebagainya yang mampu untuk mengalihkan perhatian anda. Tetapi sekiranya anda merasakan mampu untuk fokus sambil mendengar radio, anda boleh teruskan.
Masa- Anda perlu tahu bahawa anda tidak akan mampu untuk fokus dalam jangka masa yang panjang. Hadkan masa yang perlu anda peruntukkan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Anda juga dinasihatkan untuk tidak cuba menyiapkan sesuatu tugasan yang banyak sekali gus sebaliknya cuba siapkannya secara berperingkat.
Berehat sebentar- Ketika anda fokus, otak anda melakukan terlalu banyak aktiviti. Anda perlu merehatkannya untuk sementara waktu. Otak yang letih akan menyukarkan anda untuk terus fokus. Apabila anda sudah berehat sebentar, kembali fokus terhadap tugasan yang seterusnya.
Lakukan perkara yang anda minat- Lakukan perkara yang anda minat secara semulajadi akan membantu untuk anda kekal fokus. Sekiranya anda melakukan sesuatu yang anda sendiri kurang minat, pasti anda mudah untuk dipengaruhi oleh gangguan luar. Ini kerana otak dan perlakuan anda tidak berkerjasama. Sekiranya ia dapat bekerjasama, fokus akan hadir dengan sendirinya.
sumber
nie juga salah satu perkara yang buat Fiza jadi tidak fokus...
13 Comments
tips yg bgs Fiza...utk kkl kn fokus t'hdp pa yg dilakukn.tQ 4 de tips :)
ReplyDeletesamala kita fiza..kalau dah brmcm brmain d otak langsung tak dpt fokus
ReplyDeletenice entry..
ReplyDeletesy pun jenis ssh nk fokus..takleh ada distraction lansung..huhu
ReplyDeleteYang penting bukan hisap rokok kan...
ReplyDeletesalam. nice tips :)
ReplyDeletebagus perkongsian tips ini fiza.. susah nak kekal fokus..
ReplyDeletesusah nak fokus especially time bos xda kikiki
ReplyDeletenice tips dear..
ReplyDeletetips yg bagus kak..nice sharing
ReplyDeletecomel lak tgk pic kucing tu
Nice sharing fiza.. =
ReplyDeletedlm apa2 yg kita buat mesti fokus
ReplyDeletezara fokus sebelah pagi jaa.. after lunch .. ~.~
ReplyDelete