Assalamualaikum.. dah lama juga tak buat drama review untuk drama korea yang baru sahaja berakhir di Channel One 393... Cerita yang berkisarkan kehidupan rumah tangga.. One sweet word atau pun One warm word.. Drama nie agak slow tetapi penuh dengan kisah keluarga yang mana keluarga yang didirikan atas dasar cinta akhirnya retak disebabkan oleh orang ketiga.
Sinopsis
Kisah dua pasangan suami isteri dalam situasi yang berbeza-beza tetapi menghadapi masalah yang hampir sama. Na Eun Jin (Han Hye Jin) adalah seorang wanita yang rajin dan positif tetapi telah dikecewakan oleh suaminya Kim Sung Soo (Lee Sang Woo) yang menipu dan bermain kayu tiga. Oleh sebab itu, Eun Jin membuat keputusan untuk mencari pasangan hidup baru buat dirinya dan bertemu dengan Yoo Jae Hak (Ji Jin Hee).
Yoo Jae Hak adalah Ketua Pegawai Eksekutif yang berjaya, seorang bapa yang dihormati dan mempunyai dua anak lelaki. Merupakan suami kepada Song Mi Kyung (Kim Ji Soo). Jae Hak tidak mempunyai masalah keluarga dalam hidupnya tetapi secara tiba-tiba tertarik kepada Eun Jin. Sejak itu, perasaan dan kehidupannya berubah dan konflik berlaku disebabkan oleh tanggungjawab kepada keluarga dan isterinya serta perasaannya terhadap Eun Jin.
Pelakon Utama
Ji Jin Hee sebagai Yoo Jae Hak (suami Mi Kyung)
Kim Ji Soo sebagai Song Mi Kyung (isteri Jae Hak ini)
Masing-masing telah bersuami dan telah beristeri, isteri orang bercinta dengan suami orang.. susah untuk diterima oleh masyarakat. Bagaimana mereka menghadapi situasi yang sulit ini dan bagaimana mereka menyelesaikan masalah keluarga mereka. Kena tengok cerita nie kan...
10 Comments
memang..di mana-man yang namanya pihak ke tiga pasti membawa petaka bagi keluarga..apalagi seperti jalan cerita di atas..
ReplyDeleteComelnya heroin2 tu
ReplyDeleteBaru tengok sampai episod 4. Lepas habis sekolah baru nak sambung kot.
ReplyDeleteFuhhh.. review drama korean ni.. =)
ReplyDeleteeipppp eippp hihihi
ReplyDeleteawat la orang korea ni comey2 je...
ReplyDeletebelom tgk agi ceta ni tapi mmg minat kat lee sang woo tu. tapi dlm ceta ni dia bukan hero utama kan
ReplyDeletedah lama x layan korea drama.. x rasa tertegarak hati nk tengok.. hehehe
ReplyDeletevisa sini..
dah lama akak tak layan drama korea.. drama melayu pun sama juga..
ReplyDeletedulu minat gila..but after working..it's kinda hard finding a free time to watch =-=
ReplyDelete