KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.
Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.
"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.
Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.
Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
sumber : http://www.bharian.com.my/articles/PesawatMASkeBeijingdilaporhilang/Article/
sumber : google image
p/s : Sama-sama kita mendoakan mereka yang berada di dalam pesawat tersebut dalam keadaan selamat.. Amin..
9 Comments
doa kita bersama mereka..
ReplyDeleteSedih sangat bila baca.
ReplyDeleteharap mereka smua selamat. amin
ReplyDeletePray for MH370..amennn.
ReplyDeleteNgeri kn..smoga bole di jumpai
ReplyDeleteSama-sama kita berdoa mga semuanya selamat..
ReplyDeleteMemg btl2 terkejut smlm dgr berita nie,lya kat ke baru Otw nak balik kk.
ReplyDeleteharap mereka semua selamat..
ReplyDeleteMula2 brita ni kluar.. mcm rasa xpcaya. Kapal besar mcm tu bole lenyap skelip mata.. tp ngan kuasa Allah swt.. xkan ada yg mustahil kn ?
ReplyDelete