KUALA LUMPUR: Setakat ini, nasib 239 anak kapal dan penumpang Malaysia Airlines MH370 penerbangan Kuala Lumpur-Beijing masih tidak diketahui.
Apa yang diketahui ialah pesawat terbabit merupakan sebuah Boeing 777-200 yang berusia 11.8 tahun. Secara purata, pesawat MAS Boeing 777 mampu beroperasi selama 14.2 tahun.
Menurut laporan AP hari ini, Boeing 777 merupakan antara pesawat paling popular dan selamat dan berkemampuan untuk terbang selama 16 jam.
Boeing 777 mempunyai rekod keselamatan yang amat baik selama 19 tahun beroperasi sehingga tahun lepas.
Pada Julai 2013, sebuah Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Korea Selatan Asiana Airlines terhempas di landasan kapal terbang di San Francisco.
Tiga nyawa terkorban dalam insiden itu.
‘Nahas udara Tanjung Kupang’
Dua nahas udara pernah berlaku yang melibatkan pesawat MAS.
Kes nahas pertama dan paling teruk dalam sejarah MAS melibatkan kapal terbang MAS 653 yang terhempas di Tanjung Kupang dan mengorbankan 100 nyawa.
Pada Disember1977, kapal terbang MH 653 (Boeing 737-2H6) berlepas pada 7.21 petang dari Lapangan Terbang Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang di Kuala Lumpur.
Pada 7.46 petang, juruterbang Kapten G.K. Ganjoor semasa mendekati landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang melaporkan kepada menara kawalan mengenai kehadiran seorang "perampas yang tidak dikenali" di dalam pesawat.
Insiden dilaporkan kepada serta-merta kepada pihak berkuasa yang membuat persediaan kecemasan.
Namun, beberapa minit kemudian kapten Ganjor memberitahu menara kawalan bahawa beliau akan mengalihkan perjalanan ke Singapura pula.
Malangnya, pesawat MH653 tidak berjaya mendarat di negara itu.
Rakaman suara kokpit mendedahkan suara jeritan dan bunyi pintu kokpit diceroboh. Rakaman tersebut memaparkan berlakunya kekecohan dan kakitangan keselamatan pesawat juga kedengaran cuba mengawal pesawat.
Pada 8.15 malam, semua komunikasi dengan pesawat MH653 terputus.
Pada 8.36 malam, penduduk di Kampung Ladang, Tanjung Kupang melaporkan satu letupan dan kebakaran di paya bakau berdekatan, di mana bangkai MH653 ditemui.
Nahas tersebut meragut semua nyawa di dalam pesawat, termasuk Menteri Pertanian Malaysia, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, dan Duta Cuba ke Jepun, Mario Garcia.
Terdapat spekulasi mengatakan bahawa Tentera Merah Jepun yang bertanggungjawab untuk rampasan pesawat tersebut. Bagaimanapun, spekulasi ini tidak pernah disahkan.
‘Nahas udara Tawau’
Kes nahas udara kedua melibatkan MAS adalah di Tawau yang mengorbakan 34 nyawa dan mencederakan sembilan orang di darat.
Pada September 1995, pesawat Malaysian Airlines Fokker 50 terhempas ketika cuba mendarat di landasan lapangan terbang Tawau.
Pesawat dilaporkan terlajak landasan dan terhempas di kawasan perumahan berdekatan.
Saksi dan kakitangan MAS di lapangan terbang Tawau berkata mereka terdengar satu letupan yang kuat dan kapal yang terbakar tersebut merempuh 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti, berhampiran dengan lapangan kapal terbang.
Bangkai Malaysian Airlines Fokker 50 yang terhempas di Tawau pada September 1995
Menurut laporan siasatan, kemalangan itu mungkin disebabkan oleh kegagalan juruterbang mengikuti prosedur operasi standard (SOP). Laporan itu juga menunjukkan kegagalan pembantu juruterbang untuk memberi amaran kepada kapten tentang pengendalian tidak selamat dan juga gagal mengambil alih kawalan pesawat itu.
Satu lagi faktor yang menyumbang kepada nahas itu ialah kegagalan pengawal penerbangan memberikan perkhidmatan trafik udara yang betul.
Pada bulan Oktober 2013, pesawat Twin Otter yang lebih kecil yang dikendalikan oleh MASwings, terhempas apabila mendarat di Sabah.
Pembantu juruterbang dan seorang penumpang terbunuh dalam insiden itu.
Sumber : http://www.astroawani.com/news/show/sejarah-nahas-udara-di-malaysia-31488?cp
16 Comments
Sama2 kita doakan yang terbaik untuk semua penumpang MH370..
ReplyDeleteAgar kita tidak membuat spekulasi dan jangan mendengar berita yang tidak soheh....
Biar pihak berkuasa menjalankan tugas mereka...
salam. selalu solat hajat b4 naik flight. tapi jika dah tertulis di Loh Mahfuz hayat kita sampai ke situ maka x leh elak lagi.
ReplyDeleteMengerikan..semoga di beri keselamatan pada penumpang dan anak kapal.
ReplyDeletewlaupun bkn kluarge mangsa tp gelisah bukan main lagi..sedih..risau..entah apa yang terjadi kat dorang..semoge semua urusan pencarian dipermudahkan...amin..
ReplyDeleteBetul, kalau dah ajal can't do anything dah kan <333
ReplyDeletehihi
nice share kak :D Qila mmg suka history yg cemni hihihi
doakan semoga semuanya selamat..
ReplyDeletesemoga yang baik2 saja yang berlaku...
ReplyDeletesemoga mereka semua yang terlibat berada di dalam keadaan yang selamat. amin..
ReplyDeleteSemoga semua korban di berikan yang terbaik, untuk yang di tinggalkan semoga di beri ketabahan :)
ReplyDeleteSalam kenal Kak Hafiza, kunjungan yang perdana di artikel ini
ReplyDeleteSaya turut berduka cita atas jatuhnya
Pesawat malaysian airlines. semoga
Para korban yang meninggal di terima di sisi Allah Amin :)
Sama-sama kita berdoa segalanya dipermudahkan.. Aaminn..
ReplyDeletesemoga semuanya selamat..
ReplyDeleteharap2 selamat la...
ReplyDeletekita mohon moga semuanya dlm keadaan selamat amin
ReplyDeletezaman tu tak lahir lagi ataupun kecik lagi..jadi tak taw rasa cmne..sekarang dah besar baru taw rasa risau sangat walaupun bukan keluarga sendiri..semoga Allah mudahkan usaha pencarian..amin..
ReplyDeleteNahas tg kupang tu.. zara xpena dgr smpai laa bbrapa hari lepas sejak khilangan mh370 dr mak ngan ayah .. semoga mh370 dpt d temui segera
ReplyDelete