Assalamualaikum.. setelah seminggu pulang bercuti bersama Mr. Hubby di Pulau Tioman, hari ini baru Fiza berkesempatan untuk mengimbas semula kenangan yang terindah tersebut.. Percutian ini merupakan hadiah perkahwinan Mr. Hubby kepada Fiza. Genap 3 tahun kami berkahwin iaitu pada 26 Mac 2014. Semoga ikatan perkahwinan kita kekal hingga ke Jannah.
Sebelum nie Fiza dah ke Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Mentagor dan Pulau Sapi.. tetapi Pulau Tioman memang kaya dengan ikan-ikan yang sangat cantik dan indah...Pulau Tioman adalah pulau yang paling sesuai untuk aktiviti snorkeling. Indah sungguh ciptaan Allah.
Fiza akan ceritakan perjalanan ke Pulau Tioman daripada A sampai Z dan harap ia dapat menjadi rujukan buat mereka yang teringin menjejakkan kaki di sana.
Kami memulakan tempah sebulan awal kerana perancangan kami berangkat adalah pada 26 Mac 2014, bajet yang kami peruntukkan adalah RM 1500.00.
Pakej Chalet Salang Beach Resort : RM 700 (peak season)
Maximum occupancy: Two persons
3 days 2 nights package:
Rates:
Air conditioning : RM 330(Rates are per person)
Fare includes:
2 breakfasts, 1 lunch, 2 dinners
Two ways ferry (Mersing ⇒ Tioman ⇒ Mersing)
One day snorkeling tour
(water sports equipment is not included)
Cenderamata : RM 350.00
Minyak dan tol : RM 300.00
Lain-lain perbelanjaan : RM 150.00
Total : RM 1500.00
Total : RM 1500.00
Kami memilih Kg. Salang sebab ia terkenal dengan pantai dan laut yang jernih dan cantik... Bila dah kenal pasti tempat, barulah search kat Internet chalet yang berpatutan.
Dengan pakej yang ditawarkan.. pihak ejen telah memaklumkan bahawa feri pertama akan tiba jam 2.00 petang bergantung kepada air pasang surut.. perjalanan daripada Rawang ke Mersing memakan masa 5 jam.. Selepas subuh jam 6 pagi, tayar kami bergolek.
Kami sampai di bandar Mersing jam 11.30 tgh hari dan terus mencari parking untuk bumble bee.. Caj tempat letak kereta untuk satu malam adalah RM 18.00.. 2 malam bermakna RM 36.00.
Kawasan teduh dengan kawalan keselamatan
Jeti Penumpang Mersing
Caj Feri untuk pergi balik RM 72.00 seorang tetapi telah diletakkan dalam pakej.. kami hanya perlu membanyar Caj Pemuliharaan sahaja
Antara feri yang disediakan
Feri kami bertolak jam 2.30 petang, perjalanan memakan masa 2 jam lebih.. Fiza tidur jer sepanjang perjalanan disebabkan laut yg terlalu bergelora dan buatkan kepala Fiza pening.. Jam 4.30 petang kami selamat sampai di Jeti Kg. Salang.. Turun sahaja daripada jeti, terpampang keindahan alam yang sangat-sangat cantik dan damai.. terpegun sangat dengan kejernihan air laut di Pulau Tioman.
Pemandangan pertama bila tiba di Jeti Kg. Salang
anak-anak pulau berenang di tepi jeti
Peta Kg. Salang
Salang Beach Resort berhadapan pantai
Chalet kami bernombor 10
ruang tidur yang selesa
bersantai di tepi pantai
Berehat di bawah pokok kelapa
Lepas check in, kami terus ke pantai untuk bergambar dan berjalan-jalan di sekitar Kg. Salang.. Kawasan yang kecil tak sama dengan Pulau Pangkor atau Pulau Langkawi.. hanya perlu berjalan kaki untuk melawat sekitar Kg. Salang.
Kedai makan yang ada
Kedai bebas cukai
Gerai-gerai dan kedai yang menawarkan peralatan snorkeling dan scuba diving
aktiviti petang... lepak tepi pantai smbil tengok matahari terbenam
Pantai Kg. Salang
Makan malam kami disediakan pada jam 7 petang.. Pada waktu malam, kami mencari kedai makan untuk supper dan lepak sambil menonton televisyen.. Chalet kami tak menyediakan televisyen.. mungkin niat pemilik chalet tak nak orang duduk dalam chalet kan.. maknenye kene keluarlah sambil menyedut udara Pulau Tioman yang segar dan hangat... >_<
Itu cerita untuk hari pertama kami di Pulau Tioman.. Gambar-gambar bercuti banyak Fiza masukkan dalam FB. Bahagian kedua akan menyusul kemudian. Terima kasih kerana membaca..
Baca selanjutnya --> Berkunjung dan beraktiviti di Kg.Tekek, Coral Island, Marine Park dan Teluk Penyu
14 Comments
Assalamualaikum fiza, wahh bestnya.. tak sabar nak baca next entri. hehehe
ReplyDeletebelom pernah lagi pergi ke pulau tioman . nampak macam menarik jugak :)
ReplyDeleteWah bestnyer pergi Tioman :)
ReplyDeleteakak yang dekat ni tak pernah lagi sampai fiza...tapi cantik jugak kan kg salang tu...best la...chalet tu berapa harga utk satu malam ye fiza..
ReplyDelete@ Kisah Si Dairy: Kak.. yang fiza menginap nie RM 110 untuk satu malam..
ReplyDeleteWahhh... bestnya fiza! Baby dah besar sket nnt nak ajak asben pegi jgak la!!!
ReplyDeletebestnya lya tak pernah lagi ke pulau..nnt la tunggu dah kawin nnt pi honeymoon kat pulau :)
ReplyDeleteharga pun berbaloii.. its worth right.. hehe.. nak pi sana jgklahh
ReplyDeletekak fiza nak taw tak miza dah lama teringin nak pegi pulau tioman ni taw..tapi tak taw la bila dpt g..hahaaa!
ReplyDeletebestnya akan dating ngan hubby..swweettt :)))
Suka tioman. Lagi2 snorkelling. weee~
ReplyDeleteMoga berpanjangan jodohnya kak. Cantik sangat air laut tu. Teringin pula nak pergi :)
ReplyDeletetak ada pengalaman tapi itu satu impian saya heee
ReplyDeleteBestnya Fiza..tak sampai lagi ke sana.
ReplyDeletemacam best je.. boleh buat lokasi honeymoon ni.. hehehe
ReplyDeletedigi sini..