Assalamualaikum.. pada 22 Jun 2014 yang lepas kami ke Sg. Chiling bersama kawan-kawan seperjuangan semasa di Universiti Malaya.. Hampir setahun kami tak berjumpa.. buat gathering kecil-kecilan je kat sini.. Nak kumpul ramai2 pun masing-masing dah ada keluarga besar... tinggallah kami yang keluarga kecil nie.
Mr. Google ~ tak berkesempatan nak jungle tracking sebab bawa Mia.
Info mengenai Sg. Chiling
Sungai Chilling adalah air terjun dan tempat perlindungan ikan di kaki bukit Bukit Fraser, yang terletak selepas Empangan Selangor dari Kuala Kubu Bharu berdekatan Sungai Pertak. Ia merupakan destinasi alam semula jadi yang indah dan menarik ramai pengunjung dari Kuala Lumpur dan mereka yang dalam perjalanan ke Bukit Fraser.
Diuruskan oleh Jabatan Perikanan Negeri, sungai itu diwartakan sebagai taman alam semula jadi dan tempat perlindungan ikan untuk mengekalkan spesies tempatan ikan kelah (hijau 'Kelah'). Akses adalah dengan melalui pintu masuk kecil dengan gerbang di sepanjang jalan ke Bukit Fraser selepas jambatan keluli.
Dari pintu masuk, perjalanan yang singkat membawa kepada tapak perkhemahan dan pejabat. Untuk menuju ke air terjun, kita perlu mendaftar dahulu sebelum melalui jambatan gantung menuju ke arah air terjun. Bergantung kepada kelajuan dan kecergasan, masa yang diambil untuk sampai ke air terjun adalah antara 20 dan 45 minit melalui hutan hijau dan lintasan sungai (beberapa kali).
Taman ini dibuka hanya pada hari Jumaat dan hujung minggu dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Kemudahan tapak perkhemahan juga turut disediakan.
sumber
Jambatan keluli ke air terjun Sg. Chiling
Kami mandi kat area nie jer.. tapi ikan kelah tetap banyak
Acik Fiza dan Mia.
Gathering dengan member masa study kat UM
Kemudahan surau, tandas dan tapak perkhemahan
Ditutup pada hari Isnin hingga Khamis
Kawan-kawan kami semua naik ke tempat air terjun, Fiza dan Mr. Hubby tunggu kat bawah. jaga makanan dan juga Mia.. kalau dah bawa budak mcm mana nak jungle tracking kan.. tak pe.. Mr. Hubby janji nak bawa Fiza lepas raya nanti.. kalau boleh nak pasang khemah sekali.. bunyi macam nak balas dendam je.. hehe.
Lepas mandi kat atas, kami turun lagi ke bawah.
Tempat mandi di Sg. Chiling bertingkat-tingkat dan kawasan untuk mandi banyak.. kene pandai pilih.. air sungai pula memang sejuk sangat macam mandi ais tapi memang menyegarkan..
Apa lagi.. kalau korang berkesempatan, jom ke sini.. lepas bulan puasa tau.. hehe.. >_<
20 Comments
Tmpt menarik yg blh dikunjungi..cntik
ReplyDeletewah macam menarik jer tempat ni...
ReplyDeletewahh cantik.. tak pernah pergi ke sini lagi
ReplyDeleteMcm best n menarik jek tmpt ni fiza
ReplyDeleteFirst time dengar pasal tempat ni. Terima kasih atas perkongsian ni, kak Fiza :)
ReplyDeletecantik tempat ni...
ReplyDeleteBestnyaaaaa ~~~
ReplyDeleteMacam best jee.. Wuuu~ nak mandi manda situ jugak ! T_T
ReplyDeleteakak...nnti pm alamat akak eh...nak kasi cenderahati sikit as a top comentor hehe :)
ReplyDeleteTeringin gak nak pergi... Dulu zumal pernah kursus BTN kat area tu tapi belum tahu tentang santuari ni kalau tahu confirm tak lepaskan peluang :)
ReplyDeleteSeronoknya..hehehe
ReplyDeleteterus rasa macam nak mandi sungai jaaa huhuhu
ReplyDeletewaahhhhh tentu sejuk kan air nyerrrr best nyerrrrrr
ReplyDeleteI've been there last year. such a nice place to camp and spend time with friends. :)
ReplyDeletebestnya dapat mandi manda..hehe
ReplyDeletebestnya dapat mandi manda..hehe
ReplyDeleteMacam menarik je tempat ni... tapi sejak beranak kecik, dah lama x pegi air terjun ... :)
ReplyDeletebestnya!!!lama tak mandi sungai.
ReplyDeletewow.....bestnya mandi..:DDD cantik tempat ni
ReplyDeletedulu kerap pegi KKB tp xsempat pun ke sg.chiling. asyik melepak kt peretak. bestnya. nanti nk pegi juga la
ReplyDelete