Find us on Facebook

Perkembangan bayi usia 2 bulan

Assalamualaikum dan alhamdulillah dapat lagi kita meneruskan hidup di bumi Allah ini.. dah lama tak cerita pasal Baby Thaqif yer.. lagi 3 hari genaplah umur Baby Thaqif 3 bulan.. cepatnya anak mama membesar.. dari hari ke hari makin pandai senyum.. makin pandai bersembang.. makin kerap tak tidur malam tapi itu semua pengalaman Fiza apabila dah jadi mama... Setiap tindakan, gerak laku, perbuatan baby berkembang mengikut umurnya.. nak tahu jugak kan.. umur 2 bulan apa yang baby sepatutnya boleh buat..
  • Senyuman awalan yang sebenar - Pada bulan ini, kesemua usaha anda akan dibalas dalam bentuk senyuman yang berseri-seri, namun tiada bergigi. Senyuman pertama yang sebenar adalah satu-satu pencapaian bayi yang menyeronokkan hati ibubapa. sumber
Baby Thaqif bangun tidur mula2 sekali dia akan menangis, bagi susu dan lepas tu confirm senyum. Menjerit pun dah pandai bila dia marah.
  • Minat berkembang terhadap design yang kompleks - Menjelang usia dua bulan, bayi mula mengubah kegemarannya terhadap objek dwi-warna kepada yang lebih rumit dan halus dari segi desain, warna dan bentuk. Biarkan bayi anda melihat dan menyentuh objek yang lebih bervariasi – pilihan yang baik ialah mainan lembut dan bola gebu. sumber
Baby Thaqif suka tarik rantai emas mama bila menangis nak susu.. walaupun tangan masih pakai mitten.. cepat je dia capai.
  • Pergerakan yang kurang janggal - Dia kini sudah boleh mengawal pergerakannya dengan lebih baik. Anda akan dapat melihat pergerakan lengan dan kaki bayi yang tersangkut-sangkut semasa dia bayi baru lahir kini sudah menjadi lebih lancar, dan lebih membulat. Bayi dua bulan anda kini juga sudah boleh menyambar objek dengan sedar, walaupun melepaskan objek itu belum lagi dipelajari. Semasa hari-hari awal dahulu, bayi menyambar dengan didorongkan oleh naluri. sumber
Yang nie memang betul.. kaki tangan memang dah tak duk diam.. nak didirikan jer.. dalam kereta pun nak berdiri..
  • Tidur bagi tempoh yang lebih panjang - Jika bayi anda kini sudah mula tidur sepanjang malam, anda merupakan antara bilangan kecil yang bernasib baik. Kebanyakan bayi pada usia dua bulan masih mahukan penyusuan di tengah malam, atau mungkin dua penyusuan. Tapi apa yang merupakan berita baik ialah, dia sudah boleh tidur untuk jangka masa yang lebih panjang dan berjaga bagi masa yang panjang juga. Kebanyakan bayi berusia dua bulan tidur antara dua hingga empat kali sehari dan berjaga untuk sejumlah 10 jam sehari. sumber
Baby Thaqif suke jaga malam.. kadang2 bangun awal.. 4 pagi dah kejut mama dia untuk bersembang.. 
 
Thaqif sekarang dah usia 2 bulan
>_<
Semoga membesar dengan bijak yer sayang dan menjadi anak yang soleh..
Amin...

Post a Comment

1 Comments