Assalamualaikum.. seperti yang dijanji, Fiza akan ceritakan pengalaman bersalinkan Muhammad Thaqif Khalaf, putera sulung yang ditunggu selama 3 tahun sebagai kenangan. Bila Baby Thaqif sudah besar, dia boleh baca blog mama dia nie, kisah bersalin di Hospital Selayang.
Syukur Alhamdulillah apabila semuanya selesai dan siapa yang tidak teruja dan pada masa yang sama nervous bila mengandungkan anak pertama. Tiada pengalaman dan hanya berbekalkan doa, nasihat dan pembacaan. Apa yang penting adalah doa dan ayat la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin memang tidak putus-putus dalam hati dan bibir.
Kisahnya bermula apabila tarikh dijangka bersalin adalah pada 2 Mac 2015 bersamaan hari Isnin, tetapi hari Jumaat 27 Februari 2015 Fiza masih lagi bekerja dan masih aktif bawa perut ke hulu kehilir. Ramai yang tanya tak nak ambil cuti ke? Fiza pikir due dekat tapi masih tiada tanda-tanda, sakit pun tiada.
Sabtu 28 Februari, Fiza tekad untuk mengemas rumah diluar kebiasaan. Fiza mop lantai satu rumah, sapu rumah, lap2 semua habuk dalam rumah, cuci tandas dan boleh dikatakan rumah Fiza paling kemas sejak mengandung.. yelah masa mengandung mana boleh mengemopkan.. Tapi sebab dah nak due, orang cakap jangan duduk diam jer perlu lebih aktif.
Pada malam ahad, Fiza tidur awal, penat mengemas punya pasal. Masa mengandung Fiza memang suka memasak. Dah sarat pun masih memasak macam biasa. Alhamdulillah.
Sedang nyenyak tidur, pukul 3.30 pagi, 1 Mac 2015 bersamaan hari Ahad, tiba-tiba air kutuban pecah tapi mengalir dengan perlahan, memang cemas waktu nie, sebab pengalaman pertama kan. Fiza bangun kejut Mr. Hubby. Mr. Hubby terus siap-siap ke kereta, Fiza pula siapkan untuk ke hospital. Barang keperluan bersalin memang dah standby dalam kereta sejak kandungan 7 bulan.
Pagi yang sunyi, dan jalan pun tiada kereta, kami terus ke Hospital Selayang dari rumah kami yang terletak di Bukit Rawang Putra. Tiba di hospital jam 4.00 pagi. Berdebar-debar hanya tuhan sahaja yang tahu. Masih terbayang suasana waktu tiba di lobi hospital.
Fiza dibawa dengan wheel chair untuk ke ruang wad bersalin. Daftar nama, segala perhiasan diri perlu ditanggalkan. Waktu ini hanya terasa air ketuban sahaja makin keluar tetapi masih tidak ada rasa sakit.
Bila sampai di katil ruang menunggu untuk bersalin, katil penuh dan katil ada 6 buah sahaja. Bukan wad cuma ruang untuk menunggu giliran bersalin. Fiza kemudian dibawa ke katil untuk scan pergerakan baby. Time nie baby still tidur sebab tiada pergerakkan.
Nurse suruh Fiza gerakkan baby sebab air kutuban mengalir keluar sikit demi sedikit. Mulut memang tak berhenti amalkan ayat la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin. Waktu nie pun masih tiada rasa sakit nak bersalin. Fiza disuruh duduk di bangku hospital dahulu sebab bilik bersalin penuh.

Jam 7.30 pagi, Fiza ditolak masuk ke bilik bersalin, air kutuban masih mengalir dan pada pukul 8.00 doktor pun induce dan dari situ bermula rasa sakit. Bila dah induce, baru la rasa sakit yang menolak-nolak dalam perut dan sakit tersebut tidak dapat digambarkan.
5 jam menahan kesakitan, sehingga Fiza terasa hampir hendak terlelap kerana tidak mampu lagi menahan sakit. Akhirnya pada jam 1.05 tengah hari, lahirlah seorang baby lelaki seberat 3.03kg yang kami tunggu-tunggu. Mengalir air mata bila dengar suara tangisan baby waktu tu. Bersyukur tak terhingga sebab semuanya selamat. Mr. Hubby menjadi teman setia Fiza di bilik bersalin dari awal sampai akhir. Baby terus diazankan dan terus dimandikan oleh nurse.

Suami Fiza turut menemani waktu itu. Dia dapat melihat segala proses kelahiran yang berlaku.
Selepas bayi dimandikan, kami perlu menunggu wad kosong kerana waktu tersebut wad penuh. Walaupun lambat untuk masuk ke wad, kami dibiarkan berehat di dalam bilik bersalin tersebut. Bilik bersalin juga sangat privasi cuma akan terdengar ibu-ibu lain turut berjuang untuk melahirkan anak.
Sementara menunggu urusan pemindahan, dapatlah Fiza rehatkan badan di situ sambil ditemani suami tersayang. Dalam jam 5 petang, kami dibawa ke wad yang menempatkan 4 katil dalam satu bilik. Bersyukur sebab wad juga selesa dan tandas pun tidak jauh dari katil. Berehatlah fiza bersama baby danwad bersalin tidak membenarkan sesiapa pun untuk teman termasuklah suami. Hanya ibu dan bayi sahaja.
Tujuan bukan untuk menyusahkan ibu tetapi adalah untuk keselamatan bayi. Risau sekiranya ada yang cuba untuk mencuri bayi. Mana tahu kan.

Baby Muhammad Thaqif Khalaf, berumur 1 hari
Maka bermulalah detik Fiza menjadi seorang ibu. Walaupun dah hampir 6 bulan, pengalaman bersalin memang tak dapat dilupakan.
Begitulah perjalanan dan detik cemas Fiza nak melahirkan baby Thaqif. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dengan bacaan la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin. Bagi mommy2 yang bakal melahirkan anak, amalkan ayat nie, In Syaa Allah segalanya akan dipermudahkan.
Wassalam.
Wassalam.
6 Comments
Alolo comelnya baby fiza,satu pglmn yg x smua org dpt mrasainya..brtuah fiza
ReplyDeletesalam singgah sini fiza...Alhamdulillah semuanya selamat fiza dan baby thaqif...satu pengalaman yang indah dan tak mungkin di lupakan....tahniah fiza..
ReplyDeleteComel sangat baby Thaqif. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya untuk kak Fiza :)
ReplyDeleteSemoga Thaqif jadi anak yg soleh.. :)
ReplyDeletecomey...
ReplyDeleteCute la baby Fiza ^-^
ReplyDelete