Find us on Facebook

Khasiat Rooibos Tea (Teh Rooibos) yang ramai tidak tahu

Assalamualaikum. Salam semua kawan-kawan blogger. Korang pernah dengar pasal teh rooibos tak? Warna sama seperti teh biasa tetapi baunya agak wangi serta penuh dengan kebaikan untuk kesihatan. Sedikit info yang Fiza ingin kongsikan mengenai teh rooibos nie.

Rooibos, (bermaksud belukar merah dari bahasa Afrika; nama saintifik Aspalathus linearis) yang merupakan sejenis pokok renek yang digunakan teh herba. Biasanya ia dipanggil teh merah afrika, yang dipopularkan oleh penduduk Afrika Selatan yang menggunakan diguna untuk dimakan dan diminum setelah turun-temurun dan kini digunakan untuk dimakan dan diminum oleh banyak lagi negara-negara lain di dunia.

Green rooibos tea
sumber : Wikipedia

Flowers
sumber : Wikipedia

Plant
sumber : Wikipedia

Rooibos di tanam di kawasan utara negeri Western Cape, iaitu negeri barat daya di Afrika Selatan. Pokok rooibos ini hanya dibesarkan dikawasan yang dikenali daerah Cederberg. Biasanya, daun-daun dioksidakan untuk menghasilkan warna perang kemerahan yang unik, untuk daun-daun yang segar pula juga dihasilkan tanpa dioksidakan terdahulu.

Teh Rooibos menjadi semakin popular dikalangan negara-negara barat, terutamanya pada pembeli yang teliti kepada kesihatan. Rooibos, ditemui dan dikatakan lebih tinggi tahap antioksida seperti aspalathin dan nothofagin, dan ia kurang kafein, dan ia kurang asid tannin, berbanding tahap yang ada pada daun-daun teh hitam atau teh hijau tanpa oksida. Daun rooibos yang hijau mengandungi lebih banyak antioksida berbanding dengan daun rooibos yang telah dioksidakan. 

FAEDAH KESIHATAN:

* Menurunkan tekanan darah tinggi
* Mengelak serangan jantung dan strok
* Merawat kencing manis
* Melindungi daripada serangan kanser
* Meningkatkan imunisasi tubuh
* Melindungi kerosakan sel darah merah
* Merawat gout dan sakit tumit
* Mencantikkan kulit
* Awet muda yang sangat berkesan
* Mengeluarkan angin dan toksin
* Merawat sakit sendi dan kebas
* Merawat sesak nafas & asma
* Memastikan hati & buah pinggan yang sihat

info : Wikipedia

Bos bagi satu uncang untuk rasa.. 
sedap dan wangi

p/s: boleh beli dan terdapat di Farmasi

Post a Comment

4 Comments

  1. kalau bagus boleh teruskan tu fiza.

    ReplyDelete
  2. baru pertama kali membaca, thanks for sharing dear...

    ReplyDelete
  3. Husbnd lya pun minum ni teh roibos...bli ari tu sekotak dlm 50rgt da 30pc, teh ni jimat blh guna 2x

    ReplyDelete
  4. sy sudah amalkan hampir 2 bln.. akibat penyusutan berat badan sy alhamdullilah

    ReplyDelete