Assalamualaikum.. mula entry dengan makan-makan pula. Cuti raya cina Fiza habiskan dengan pulang ke Kelantan. Dalam perjalanan pulang ke Rawang, kami sempat menginap di Homestay Dalyla, Cukai untuk singgah makan di Warung Aziz Satar. Digelar the best sata, kami ambil peluang untuk makan sata fresh kat sini.
Terletak di tepi jalan
Orang ramai mula memenuhi warung
Pelbagai gerai makanan disediakan di sini dan berkonsep layan diri. Mula jejakkan kaki ingatkan ada sata jer, rupanya macam-macam ada. Macam-macam jenis makanan laut dan pulut ada dijual di warung nie.
Gerai Udang celup tepung dan ketam celup tepung
Gerai Pulut Mangga, Ketupat Sotong, Pulut Nyior dan pengat durian
Tapai pulut
Gerai Sata dan pulut panggang
Pais Sotong
Sata dan ketupat pulut
Rambang mata bila tengok semua makanan. Pilihan di tangan dan yang penting tak ikut nafsu dan dapat merasa sedikit menu yang ada.
Otak-otak dan sata
Wajin keropok lekor rebus
Ikan celup tepung
Pulut Durian / pengat durian
Laksam
Suap Thaqif makan sata buang lada, 4 butir dia makan
Wefie cikeed.. muah
Seronok mama dan thaqif dapat makan.. hehe.. makanan yang lebih kami tapau buat makan dalam perjalanan ke Kuantan. Cerita bersambung. Wassalam.
4 Comments
argghh sedappnyaa...
ReplyDeleteWarung ni memang terbaik. Dahlah dekat dengan pusat pemuliharaan penyu pantai mok nik.
ReplyDeleteOmona! Sedapnya kak Fiza. Saya ni dahlah memang teringin nak makan sata sejak akhir-akhir ni.
ReplyDeleteByknya mknan..smua nmpk sdp2 ni yihuu
ReplyDelete