Find us on Facebook

Mee segera Ramyeon keluaran Samyang pedas menyengat

Assalamualaikum.. maaf lah kalau post pasal makanan tengah hari macam nie..
Heboh pasal isu ramen korea tak halal, Jakim dah umumkan ramen keluaran Samyang adalah halal. 

Sebelum nie duk usha je kat Aeon Rawang jer. Minggu lepas pergi nak beli, terkejut dengan stok dorang. Dah nak abis kat rak. Ramai juga yang berminat nak merasa ramen nie.

Samyang ada keluarkan dua jenis mee iaitu jenis stir fried noodle dan juga noodle soup. Bagi peminat pedas berapi korang boleh try Hot chicken flavor ramen.

Satu bungkus harga lebih kurang RM 5 

Rebus dalam air mendidih selama 5 minit 

Perencah 

Gaulkan sehingga sebati 

Sedia untuk dihidang

Serius memang sedap. Sebungkus boleh makan 2 orang kalau korang tahan dengan kepedasan.  Kalau tak tahan sekali suap dah give up, boleh la makan 10 orang. Fiza dapat makan separuh je sebab pedas sangat. 

Bagi yang teringin boleh dapatkan di AEON. Pesanan kalau nak jadikan ramen menu berbuka puasa pastikan perut bersedia takut sakit perut nanti.. hehe...

Wassalam.

Post a Comment

5 Comments

  1. pedas mcm mn tu? kalu sy ttu cirit sbb xthn ;-)

    ReplyDelete
  2. fuh bergetar juga la perut ni tengoknya tu..
    pedas sgt eh?
    tak pela ibumie la tetap dihati dengan asam laksa megi.. :D :D

    Blogwalking sini, jom baca article seo ini

    Terbaru Mengenai Nofollow Link article...

    ReplyDelete
  3. Sedap ke megi ni?? org cakap pedas sgt2.. betol ke??

    ReplyDelete
  4. aduh... pose2 ni nampak magi la pulak...

    ReplyDelete
  5. Zara letak ½ aje perencah die..tu pon, pedas jugak.. huhu

    ReplyDelete