Assalamualaikum. Waktu malam di Danga Bay sangat meriah dan happening. Kebetulan kami berada pada malam minggu dan kelihatan ramai sangat orang yang turun ke Danga Bay Theme Park bersama keluarga dan rakan-rakan. Disebabkan trend bermain Pokemon Go sekarang, makin meriah kerana masing-masing berkumpul dan sibuk untuk mencari pokeball.
Kami bawa Thaqif menaiki train mengelilingi taman tema sambil dapat lihat banyak cahaya lampu. Budak-budak memang suka lihat lampu.
Tiket untuk menaiki train.
Tiket RM 2.00 bergantung kepada jenis permainan
Thaqif masih mamai sebab baru bangun tidur.
Train Ride
Sambil menaiki train, sempat ambil gambar permainan-permainan yang ada.
Flying Elephant
Pirates Ship
Tea cup rides
Gambar waktu malam di Danga Beach
Pintu gerbang
Lebih kurang macam basikal elektrik
Danga Bistro
Lepas penat berjalan, kami pun pergi cari kedai untuk makan malam. Lepas kenyang balik hotel semua tumbang kepenatan termasuklah Thaqif. Rancangan keesokan pagi selepas check out, kami hendak ke Hello Kitty Town. Tempat yang paling Fiza suka dan lama berangan nak ke sana. Wassalam.
1 Comments
kalu sy ke sini mesti akn jadi budak2 balik haha
ReplyDelete