Find us on Facebook

Majlis Hari Raya dan Sambutan Hari Jadi

Assalamualaikum, walaupun bulan Syawal telah berakhir, tapi pejabat tempat Fiza bekerja berkesempatan untuk mengadakan Majlis Hari Raya pada hari Jumaat lepas. Walaupun hanya sederhana dan tema kali nie adalah secara potluck yang mana setiap Jabatan dan cawangan perlu menyediakan juadah masing-masing. ia tetap meriah dengan kehadiran semua kakitangan termasuk kakitangan cawangan. 

Fiza suka rela untuk sediakan ayam masak merah bagi menu utama nasi beriani yang dimasak dan disediakan oleh bos Fiza sendiri. 

Menu utama Nasi Beriani

Ayam masak merah dan kurma daging


Gulai Kambing 

Sate dan roti jala 


Tak sah kalau tak bergambar kan. Selfie, wefie semua ada. 

Gambar sekitar majlis:


 

  

 
Selain itu, turut diadakan sambutan majlis hari jadi buat kakitangan yang lahir pada bulan Ogos. Happy Birthday buat Pengurus Kewangan Mr. Cheah dan kerani pemasaran Aida.


 

Sesi turut meriah dengan sesi cabutan bertuah. Gambar tak sempat nak ambil tapi Jabatan Fiza dapat no. 4 daripada 8 hadiah yang disediakan. Ada la jugak tuahnya.. hehe.


Alhamdulillah, majlis hari raya pada tahun ini berjalan dengan sederhana dan meriah sekali. Paling penting dapat merapatkan serta mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan. Kenyang tak terkata. Semua menu Fiza rasa dan makan. 

Wassalam.

Post a Comment

6 Comments

  1. Alhamdulillah.. sedapnya makan-makan...

    ReplyDelete
  2. perghhh.. ayam masak merah febret.. hehe

    ReplyDelete
  3. meriahnyaaa... makanan tu yg xmenahan nmpk sedap2. di ofis pon dh settle bab jamuan raya. hee

    ReplyDelete