Assalamualaikum. Minggu lepas Fiza dan famili mengambil kesempatan cuti hari minggu untuk ke Johor Bahru. Kebetulan pergi kenduri anak kepada bos di tempat kerja. Percutian pendek 2 hari 1 malam tidak banyak aktiviti yang dapat dibuat tapi yang penting bermanfaat. Kami sempat singgah makan mee bandung Muar on the way balik.
Lokasi Mee Bandung Muar terletak di bandar Muar tepi sungai Muar. Nama kedai Mee Bandung Abang Sayang. Rasa memang betul-betul kaw dan kuah pun sangat pekat.
Gerai Mee Bandung Abang Sayang
Mee Bandung Muar
Makan sambil menikmati pemandangan Sungai Muar.
Gerai ini terletak di perhentian bas. Korang boleh guna Waze untuk cari lokasi gerai ini. Sedap dan tak menyesal kami datang semata-mata untuk menikmati Mee Bandung Muar.
Wassalam.
5 Comments
lama juga tak makan mee bandung muar ni... nmpk sedapnya mee bandung tu..
ReplyDeletelama x merasa bandung muar ni. hehe
ReplyDeleteweii..sdapnya..:)
ReplyDeletenmpk menyelerakan..
ReplyDeletesyok makan smbil menikmati keindahan alam..
=)
bleh try ni lama x pekena mi bandung muo ;-)
ReplyDelete