Find us on Facebook

Bersiar-siar di Taman Tengku Anis Kota Bharu

Assalamualaikum. Fiza sempat berjalan-jalan di Kota Bharu di samping melawat adik ipar yang menetap  di situ. Petang Jumaat, Fiza bawa mak mertua, adik ipar serta sepupu Thaqif berjalan-jalan di Taman Tengku Anis yang terletak di Kota Bharu.

Nama sebenar taman ini adalah Taman Perbandaran Tengku Anis. Taman ini telah dirasmikan oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan pada 27 Jun 2000.






Taman ini juga menyediakan beberapa kemudahan kepada pengunjung-pengunjung seperti surau, tandas, trek untuk berjoging, wakaf dan kerusi rehat serta taman permainan kanak-kanak. Berhampiran dengan taman tersebut juga terdapat beberapa buah kedai dan gerai menyediakan berbagai jenis masakan ala Thai khusus untuk pengunjung menjamu selera.

Sebagai tarikan untuk kanak-kanak, turut disediakan mini taman tema air dengan bayaran masuk RM 3.00 selama sejam. Selain itu  juga, terdapat mini zoo yang menempatkan beberapa ekor rusa. 










Thaqif memang seronok sangat dapat datang sini. Fiza belikan bola dan dia pun bermain dengan sepupu yang jarang dapat berjumpa.



Bagi orang Kota Bharu, taman ini memang tempat yang sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga. Lepas berpeluh mengejar Thaqif, jam 5.30 kami terus ke AEON Mall Kota Bharu yang baru dibuka sebulan lepas.

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments