Assalamualaikum.. Tidak terlambat untuk Fiza ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 59 kepada semua blogger khasnya dan buat seluruh rakyat Malaysia.
Sempena hari kemerdekaan semalam, kami sekeluarga berjalan-jalan di Kuala Selangor dan singgah di Pantai Remis untuk mencari ikan segar dan juga ikan masin.
Cuaca pada hari itu tak berapa elok dan hujan renyai-renyai. Tapi kami sempat membeli ikan siakap, bawal putih dan ikan pari.
Selepas membeli ikan, kami singgah pasar kering menjual pakaian, makanan dan minuman mirip seperti pasar malam yang terletak bersebelahan pasar basah. Beli makanan sedikit untuk lepak di tepi pantai. Lepak tepi pantai pun tak lama, sempat juga menikmati angin laut sebab hujan mula turun.
Korang akan terkejut dengan harga yang ditawarkan. Penjual juga akan siangkan ikan untuk pelanggan yang meminta berbuat demikian. Sampai rumah boleh terus masuk peti atau terus masak jer. Kami pasti akan ke sini lagi. Wassalam.
1 Comments
geram tengok kalau ada ikan2 yang segar2 tu...rasa semua nak beli
ReplyDelete