Assalamualaikum. K-drama korea yang hangat sekarang bertajuk Jealousy Incarnate berjaya menambat hati penonton dengan pelakon yang kacak dan heroin yang jelita. Lakonan Gong Hyo-jin, Jo Jung-suk, Go Kyung-pyo ternyata serasi dan buatkan penonton akan bergerak ketawa dan sesuai dengan genre Romance and Comedy.
Tajuk : Jealousy Incarnate
Juga dikenali sebagai : Incarnation of Envy , Don’t Dare to Dream
Genre : Romance, Comedy, Workplace, Family
Episod : 24
Rangkaian Siaran : SBS
Sinopsis
Pembaca berita cuaca Pyo Na-ri (Gong Hyo-jin) dan berita utama Lee Hwa-shin (Jo Jung-suk) adalah rakan-rakan lama di stesen penyiaran SBC. Na-ri telah tertarik pada Hwa-shin sejak tiga tahun lalu tetapi perasaannya berubah apabila dia bertemu seorang lelaki yang sempurna Go Jung-won (Go Kyung-pyo), pemilik syarikat HERA dan merupakan kawan rapat Hwa-shin.
Ingin tahu bagaimana cinta 3 segi ini akan berakhir? Jangan lupa tonton Jealousy Incarnate.
Pelakon utama
Gong Hyo-jin
Jo Jung-suk
Go Kyung-pyo
Babak Drama
Sempena bulan Oktober iaitu bulan kesedaran kanser payudara, cerita Jealousy Incarnate banyak memberi kesedaran bahawa kanser payudara bukan sahaja akan dihidapi oleh kaum wanita malah kaum lelaki juga berisiko menghadapinya.
Jo Jung-suk memegang watak pengidap kanser payudara
dan perlu menjalani rawatan yang telah ditetapkan.
Jalan cerita yang sangat menarik, penuh dengan informasi serta seronok untuk ditonton. Peminat K-drama jangan lepaskan cerita yang best nie tau.
Wassalam.
3 Comments
kalu gong hyo jin berlakon drama dia mesti mantap
ReplyDeleteKlau husbnd lya suka lyn drama korea, lya kurang skit hhaha
ReplyDeletewah wah setiap kali ad yg buat k-drama review..i suka..i suka >> gediks way of action neh
ReplyDeletehaha...suka citer ni..minat heroin dy