Assalamualaikum. Rezeki semalam, salah seorang Pengarah syarikat telah bermurah hati untuk belanja kami makan tengah hari di Restoran Makanan Laut Riverview, Pasir Penambang, Kuala Selangor.
Restoran terletak bersebelahan Sg. Pasir Penambang dan pengunjung restoran dapat menikmati pemandangan sungai sambil menjamu selera.
Restoran Makanan Laut Riverview
Sebelum makan Fiza ambil sedikit gambar persekitaran restoran. Kelihatan seperti tidak ramai orang pengunjung mungkin disebabkan makan tengah hari.
Tepi sungai dan terasa sejuk walaupun tengah matahari terik.
Pemandangan di sepanjang sungai.
Menu berasaskan makanan laut. Masakan panas turut disediakan.
Sesi bersembang sebab ini kali pertama Fiza bertemu Datin Sekin.
Tidak sedar pengunjung telah memenuhi restoran.
Terima kasih Datin Sekin atas jemputan.
Licin menu yang Datin pilih. Gambar makanan yang dihidang Fiza segan nak ambil.
Alhamdulillah semua menu sedap dan makanan laut yang disediakan memang segar. Untuk korang yang berhajat untuk menikmati makanan laut, sebelum datang korang perlu membuat tempahan meja sebab risau restoran penuh. Lepas nie bolehlah bawa famili Fiza pula untuk makan di sini.
Wassalam.
1 Comments
Alhamdulillah rezeki di kongsi dgn rakan2 kerja =)
ReplyDeleteSedap mata mmandang tgk view sna