Find us on Facebook

Menikmati rasa asam pedas ori di Asam Pedas Sg. Sembilang (Atok)

Assalamualaikum. Hari kedua famili mertua di Rawang, suami bersepakat untuk bawa Ma, Abah, adik-adik ipar serta sepupu untuk mekan tengah hari di Asam pedas Atok yang terletak di Sg. Sembilang. Ini adalah kunjungan kali kedua Fiza serta suami setelah kecewa tidak dapat menikmati asam pedas ikan sembilang. Review Asam Pedas Sg. Sembilang (Atok) boleh baca di sini.

Kami bertolak seawal 11 pagi dan jangka sampai pukul 12 tengah hari. Terkejut bila tengok kedai masih tidak mempunyai pengunjung. Rupanya kami sekeluarga adalah orang yang terawal tiba.


Menu wajib cuba, Kambing Bakar Original Pedas Manis. Memang berebut masing-masing hendak mencuba dan memang tidak mengecewakan. Belum sempat nasi sampai, kambing habis kami makan dahulu. 


Semua menu yang disediakan pedas, Maka Thaqif terpaksa makan kentang goreng dengan keju. Menu ini khas untuk anak teruna mama. 

Kerang bakar, hidangan sampingan sementara menunggu masak asam pedas sampai.


Oleh kerana kami sekeluarga seramai 10 orang, menu asam pedas yang dipilih adalah asam pedas ikan cencaru, asam pedas ikan pari dan asam pedas ikan kembung. Asam pedas ikan sembilang tiada buat hari ini. 

Jemput makan Abah dan ma

 
Faizi pun jemput makan jangan malu-malu 

Mama ajak bergambar, tetapi Thaqif tidak sudi.

Bagi gajet baru sudi. 


Kesimpulannya, makan di Asam Pedas Sg. Sembilang (Atok) memang sedap dan harga sangat berbaloi. Sebab itu kami pilih kedai makan ini buat kali kedua. Destinasi seterusnya kami akan ke Kuala Selangor. Nantikan entry seterusnya ya.

Wassalam.

Post a Comment

4 Comments