Assalamualaikum. Pada hari Rabu yang lepas Fiza telah menghantar Thaqif buat check up umur 2 tahun. Thaqif diuji untuk mendirikan kiub secara menegak dan Thaqif gagal ujian tersebut. Nurse nasihatkan supaya ajar anak untuk dirikan kiub. Tidak diberitahu sebabnya. Setelah pembacaan barulah Fiza faham kenapa. Ia adalah ujian untuk menguji perkembangan motor halus Thaqif.
Apa itu motor halus? dan Apa itu motor kasar?
MOTOR HALUS
Perkembangan motor didefinisikan sebagai proses yang mana perlukan bagi membentuk cara mereka melakukan gerakan.
Perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-kanak membuat gerakan. Perkembangan motor juga merupakan keperluan asas bagi pembelajaran seorang kanak-kanak. Semua aktiviti termasuk manipulasi mimik muka melibatkan penggunaan motor halus.
Kemahiran motor halus juga melibatkan pergerakan manipulatif. Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan anggota badan mereka seperti tangan dan kaki. Misalnya kebolehan kanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan gengaman. Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan atau membaling objek juga dapat mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut.
MOTOR KASAR
Kanak-kanak yang sedang membesar, misalnya seawal umur 3 tahun perlu diberi aktiviti yang dapat menggunakan otot dan anggota badan mereka. Aktiviti ini akan dapat menggalakkan pembinaan kekuatan otot, keseimbangan, dan sokongan tubuh badan kanak-kanak. Selain itu, aktiviti ini juga akan merangsang keyakinan diri kanak-kanak. Aktiviti seperti berbaring, meniarap, berguling dan merangkak merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor kasar kanak-kanak.
Kemahiran motor kasar pada tangan melibatkan kebolehan kanak-kanak untuk berpaut dan memegang dengan stabil. Kanak-kanak juga akan cuba untuk memijak secara tetap. Aktiviti ini akan menguatkan otot kaki kanak-kanak. Selain itu, mereka juga akan cuba menggunakan bahagian badan dan mengubah kedudukan badan untuk memastikan mereka dapat memanjat.
Melalui aktiviti seperti ini juga kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran mereka untuk mengawal keseimbangan badan. Aktiviti seperti ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahagian anggota badan mereka untuk mengawal keseimbangan. Mereka juga akan belajar bagaimana mengawal keseimbangan di tempat yang rata, di atas palang, atau semasa memanjat.
Pergerakan badan dari satu tempat ke tempat yang lain (pergerakan locomotor) juga dapat mengembangkan motor kasar kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak dikehendaki untuk merangkak atau melompat seperti arnab. Aktiviti ini akan mengembangkan penggunaan motor kasar. Kanak-kanak akan mengembangkan kebolehan pergerakan fizikal dalam aktiviti seperti ini.
CONTOH AKTIVITI MOTOR KASAR DAN MOTOR HALUS
Motor halus
- Bermain pasir
- Mengikat tali kasut
- Memasang butang baju
- Mengguna sudu dan garpu
- Membentuk objek dari plastisin
- Memotong kek atau mainan plastisin
- Melekatkan gambar
- Menggunakan ‘mouse’ komputer
- Menulis nama
- Melorek atau mewarna gambar
- Berjalan (lurus atau bengkang-bengkok)
- Berkawad seperti askar
- Berlari dan berhenti mengikut arahan
- Melompat setempat
- Melompat seperti katak
- Meniru gerakan haiwan (kucing, arnab, ular)
- Memegang palang dan berhayun
- Memanjat tempat mainan
- Membaling dan menangkap bola
- Menendang dan menolak pelbagai objek seperti gelung rotan
Sumber FB
10 Permainan Meningkatkan Kemahiran Motor Anak Kecil
Intellectual Building Blocks Box - beli sini
Kinetic Sand With Colors - beli sini
Kid Puzzle Educational Building Blocks Bricks
Multi-learning Early Education
Development Wooden Beads Tool Box - beli sini
Non Toxic DIY Polymer Magic Clay Set
Puzzle Colourful Building Blocks
Puzzles Animal-Body-Match Maze
Rock A Stack
Wooden Block Set - beli sini
Wooden fraction shape puzzle toy
Fiza perlu fokus untuk membeli permainan dan mendedahkan Thaqif kepada perkara yang dapat meningkatkan perkembangan motor kasar dan halusnya. Boleh berhenti dulu beli mainan seperti kereta sebab sebelum ini tiada ilmu berkenaan perkara ini. Sekarang baru faham.
Kalau nak mencari toys yang Fiza senaraikan, boleh klik je link "beli sini". Semua akan bawa ke direct link di Shopee, jadi tak perlu nak susah-susah mencari. Harga pun tak mahal.
Penting tau kita ambil tahu mengenai kemahiran motor halus dan kasar anak-anak nie. Semoga mendapat manfaat dari perkongsian di atas.
Wassalam.
2 Comments
permainan seperti ni boleh asah motor skill anak-anak..naura suka main blok tu
ReplyDelete-Kisahsidairy-
Motor kasar dan motor halus.
ReplyDelete