Assalamualaikum. Kalau korang berada di sekitar Rawang, Sg. Buloh atau Kepong, tidak perlu pergi jauh untuk menikmati pelbagai jenis asam pedas. Korang boleh singgah di Kedai Makan Asam Pedas Jempol yang terletak di Bandar Sg. Buloh bertentangan dengan CIMB Bank.
Kedai Makan Asam Pedas Jempol
Menu asam pedas yang disediakan bukan seperti hidangan bufet untuk makan tengah hari, sebaliknya pelanggan order baru tukang masak buatkan. Terpaksa lah tunggu lama tapi yang penting hidangannya panas dari dapur. Rasanya sudah tentulah memang terbaik.
Menu makan tengah hari yang kami pesan, asam pedas ikan sembilang, asam pedas pari, kailan ikan masin dan telur dadar.
Jemput makan
Rezeki kami bila menu asam pedas ikan sembilang ada pada hari itu. Ikan sembilang jarang ada dan harganya agak mahal tapi sedap. Ikan Sembilang banyak tulang tau, jadi hati-hati bila makan. Fiza lebih suka ikan pari, tak perlu hendak memilih tulang.
Bila makan sedap, balik pejabat mata pun kuyu. Teringat akan asam pedas buatkan Fiza hendak terjah lagi kedai Asam Pedas Jempol.
Wassalam.
3 Comments
My feveret nie asam pedas..
ReplyDeleteTerliur nengoknya..
Huhukkk tedapnyeee asam pedas kegemaran sayaaaaaa, nak nangis sekarang boleh tak. 😭😭😭
ReplyDeleteDah la jauhnyaaa ya Allah. Nak amik bau pun tak sampai. 😅
ohoooi trangkat haih asam pedas =D
ReplyDelete