Assalamualaikum. Buah Nam-nam atau dipanggil buah katak puru mempunyai banyak khasiat yang Fiza hendak kongsikan. Kenapa ia dipanggil buah katak puru? Ini disebabkan buah nam-nam mempunyai kulit luaran yang kurang menarik dan menggerutu.
Pertama kali Fiza merasa buah nam-nam terasa seperti makan buah jambu dan isinya sangat lembut.
Buah ini memang sedap dicicah dengan sambal kicap, garam atau kuah rojak.
Ada juga yang membuat sambal ikan dengan menumbuk ikan dan cili bersama-sama buah nam-nam.
Pokok Nam-nam |
Antara khasiat buah nam-nam ialah :
- Kaya dengan vitamin C.
- Mempunyai khasiat perubatan.
- Dapat mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis.
- Dijadikan ramuan dalam ubat bagi merawat batu karang.
- Daunnya juga boleh dikeringkan dan dijadikan seperti minuman teh.
Pokok nam-nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan unik kerana berbunga dan berbuah di batang.
Pokok yang dikatakan berasal dari Borneo ini mempunyai ketinggian di antara tiga hingga enam meter (m) sahaja.
Pokok ini masih lagi ditemui di Semenanjung Malaysia terutama di kawasan Utara dan Pantai Timur. Pokoknya mudah tumbuh melalui kaedah tanaman biji ataupun tut.
Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur.
SUMBER
Aktiviti makan buah nam-nam di pejabat.
Gaul dengan serbuk asam boi.
Nampak macam pahit tapi bila rasa memang tak boleh nak berhenti makan.
Kejap je licin habis.
Nampak macam pahit tapi bila rasa memang tak boleh nak berhenti makan.
Kejap je licin habis.
Walaupun rupanya tidak cantik, tetapi rasa buah nam nam memang sedap. Buah nam nam gaul dengan serbuk asam boi memang terbaik. Tahu-tahu je abis sebekas.
Lepas ini kalau korang jumpa buah nam nam, jangan lupa untuk rasa. Makan macam tu pun sedap.
Wassalam.
Lepas ini kalau korang jumpa buah nam nam, jangan lupa untuk rasa. Makan macam tu pun sedap.
Wassalam.
3 Comments
sedapnya buat colek. dulu ada pokok dia tapi dah tebang
ReplyDeleteTak pernah makan.. segan.. hehehe
ReplyDeleteSuka sgt buah ni.. susah dpt..
ReplyDelete