Assalamualaikum. Lampin pakai buang anak bukannya murah. Tambah pula kalau yang memakainya bukan seorang. Penggunaan lampin pakai buang juga memang menjadi pilihan ibu bapa. Jarang dengan anak pakai lampin kain biasa tapi masih ada.
Kami pun antara ibu bapa yang mana kedua-dua anak masih menggunakan lampin pakai buang. Kami setakat ini mampu untuk memberi anak memakai lampin pakai buang jenama Drypers. Sekali beli kat speedmart untuk Thaqif dan Huwainaa kos lebih kurang RM 70. Tutup mata jelah.
Thaqif shopping bersama Tok Abah, Nenek, Uncle
Bulan lepas kami ke Tesco Rawang, memang niat nak memborong lampin pakai buang. Kebetulan ada pula Tesco jual Drypers Drypantz Box dan Drypers Wee Wee Dry Box. Lepas ambil kira untung rugi, kami ambil dua kotak.
Drypers Drypantz Box dan Drypers Wee Wee Dry Box
Lampin Huwainaa - Drypers Wee Wee Dry Box
Drypers Wee Wee Dry M52 x 4packs (208 pcs)
Packaging agak berbeza daripada yang ada di pasaraya
Lampin Thaqif - Drypers Drypantz
Drypers Drypantz XL(3x42s) Free Pororo blanket
Packaging agak berbeza daripada yang ada di pasaraya
Pororo blanket
Packaging berbeza tetapi kualiti sama sahaja. Cume beli pek sebegini tidak mempunyai kod penebusan mata point kurang sedikit berbanding drypers yang kita beli kat kedai. Ada pro dan kontra beli banyak macam ini, tetapi harga memang lebih murah . Bagi Fiza tak apalah, janji jimat.
Bagi ibu bapa yang masih tidak tahu untuk menebus mata ganjaran kod unik drypers, boleh baca Cara penebusan Kod Unik Drypers.
Wassalam.
0 Comments