Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak dan ianya ikhlas dari hati. Pemulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca. Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung oleh penulis sendiri.
Assalamualaikum. Sehari sebelum cuti Hari Buruh, Fiza pulang ke kampung halaman di Bentong, Pahang. Cuti 2 hari, ambil juga kesempatan untuk bawa mak dan abah berjalan. Destinasi kami pergi tak jauh cuma 15 - 20 minit perjalanan dari rumah.
Kolam air panas, Suria Hot Spring Resort yang terletak di jalan lama Bentong - Kuala Lumpur. Pernah juga jejakkan kaki masa zaman kanak-kanak tapi waktu itu kolam air panas nampak macam kawasan berhantu kerana tidak dijaga.
Sekarang, alhamdulillah memang cantik kawasan siap ada resort untuk para pengunjung. Bagi yang hanya masuk untuk mandi air panas, bayaran akan dikenakan sebanyak RM 10 untuk dewasa, kanak-kanak RM 8 dan warga emas RM 6.
Kaunter tiket
Pintu masuk untuk pengunjung yang tidak menginap di resort
Kemudahan taman permainan kanak-kanak
Di sini, mereka menyediakan 2 buah kolam air panas, sebuah kolam untuk kanak-kanak dan sebuah kolam untuk orang dewasa.
Hot Pool 1
Hot Pool 2
Children Pool
Bersama adik no. 3 dan anaknya
Bersama mak dan abah
Kolam kanak-kanak
Kafeteria
Huwainaa mencari ketenangan
Sepupu Thaqif dan Huwainaa, Darwisy
Thaqif memang sibuk sangat main air
Kalau tak mengusik, memang tak sah abaang Thaqif nie
Singgah pekena nasi ayam
Lepas main air, kami singgah makan di kedai nasi ayam yang berdekatan. Seronok walaupun kami mandi tak lama sebab hujan turun dengan lebat waktu itu. Bagi yang berkelapangan untuk bawa anak mandi-manda, boleh berkunjung di Kolam air panas, Suria Hot Spring Resort untuk mandi air panas.
Wassalam.
1 Comments
Menarik. Mungkin boleh pergi lepas raya
ReplyDelete