Assalamualaikum. Bersempena Hari Ibu yang disambut pada 13 Mei yang lalu, kami bawa Thaqif pergi bermain di AEON Fantasy Kidzoona, Rawang. Kami selalu ke Aeon Rawang sebab berdekatan dengan rumah tetapi tidak pernah untuk bawa Thaqif ke Kidzoona.
Bagaimana boleh ke sini, al kisahnya bermula pada malam tadi. Kami ke Kota Dame dan kebetulan ada belon slide besar dekat situ. Thaqif mengamuk-ngamuk hendak bermain tapi tempat tersebut tidak bersih serta licin kerana baru lepas hujan.
Punya susah hendak pujuk maka mama janji untuk bawa Thaqif ke Kidzoona. Maka janji ditepati. Dedi jadi peneman Thaqif dan mama hanya tunggu diluar bersama Huwainaa.
Kaunter pendaftaran dan pembayaran
Kemain seronok dia tahu dia dapat masuk
RM 17 per head tidak termasuk stokin
Ibu bapa boleh menunggu anak bermain
Ruangan puzzle
Ruangan Kinetic Sand
Mama dan Huwainaa sedang tunggu abg Thaqif
Tolak Thaqif.. jangan tak tolak
Ruangan luas dan selamat untuk anak-anak
Balloon slide, Thaqif mengamuk sebab hendak main permainan ini lah
Thaqif lemas dalam ribuan bola
Selamat Hari Bapa.. eh bulan depan..
Berapa lama kita nak tunggu abg Thaqif main mama..
Nasihat Fiza kalau hendak ke sini bawa stokin sendiri, kalau tidak melayang RM 4 untuk stokin dewasa dan RM 3 untuk stokin kanak-kanak. Harga tiket Kidzoona ada kat gambar. Waktu bermain unlimited. Jadi kami beri Thaqif bermain sehingga di sendiri minta untuk keluar dari Kidzoona. Mana tak nya, dedi bagitahu budak yang lebih besar buli Thaqif.
Alahai anak mama, baiknya. Budak perempuan pula tu yang buli. Sabar jela. Walau pun begitu, mama tengok Thaqif happy.
Wassalam.
4 Comments
kadang-kadang kita orang besar yang seronok tengok benda-benda macam ni kan..hehee
ReplyDeleteMemang puas main kalau bebudak dapat masuk dalam ini..
ReplyDeletewaaaa. seronok dia.. hehe. tapi kadang2 takut jugak nak bawa budak pegi tempat2 camni..
ReplyDeleteOrg nk search psl kidzoona, trs naik blog fiza. Br knl kidzoona ni & br rncg nk bwk ank2. Hehehe. Tq sharing
ReplyDelete