Find us on Facebook

K- Drama Review : W-Two Worlds

Assalamualaikum. Baru-baru ini channel TVN ada siarkan drama korea yang bertajuk W-Two Worlds. Fiza ingatkan cerita baru, rupanya drama ini adalah drama tahun 2016. Lakonan Lee Jong-suk dan Han Hyo-joo. Siri drama yang mendapat rating tertinggi dalam penyiaran di korea kerana jalan cerita yang sangat unik dan kreatif.

W-Two Worlds

Tajuk : W – Two Worlds / W – Two Worlds Apart
Genre : Fantasi. Romantik, Suspense, Thriller, Supernatural Gothic
Episod : 16
Rangkaian Siaran : MBC

Plot Cerita

Judul siri televisyen diambil dari W, sebuah webtoon fiksyen yang menjadi buku terlaris di Korea Selatan. Webtoon tersebut ditulis oleh Oh Seong-moo (Kim Eui-sung) dan tiba-tiba menjadi alam hidup sebenar, dengan tidak semena-mena terwujudnya "dua dunia": dunia nyata dan webtoon (dunia W). Pakar bedah kardiotorasik bernama Oh Yeon-joo (Han Hyo-joo) telah diseret ke dunia webtoon, dan telah menghasut Yeon-joo untuk menjadikan  siri  webtoon menjadi  berliku-liku.

Dunia webtoon W adalah replika semula dunia sebenar Korea Selatan. Cara untuk ke dunia webtoon adalah melalui tablet ajaib Seong-moo, atau apabila dipanggil dari dunia webtoon atau dari watak utama W Kang Chul (Lee Jong-suk).

Pelakon Utama

Lee Jong-Suk sebagai Kang Chul 

Han Hyo-Joo sebagai Oh Yeon-Joo

Jung Eugene sebagai Yoon So-Hee

Lee Tae-Hwan sebagai Seo Do-Yoon

Drama yang jalan ceritanya agak rumit tapi jangan risau sebab mudah difahami. Webtoon dan dunia sebenar bergabung dan sangat kreatif. Tak pernah lagi Fiza tengok drama macam ini. Cerita yang memang tidak dapat diterima oleh lojik akal tetapi biasalah drama. Kita layan jer. Bagi peminat drama korea, korang jangan lepaskan peluang untuk menonton W-Two Worlds lakonan oppa handsome Lee Jong-suk.

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. Macam best drama ni.sekarang rabia suka tgk drama korea what wrong with secretary kim?

    ReplyDelete