Assalamualaikum. Raya tahun ini Fiza memang berhajat sangat untuk dapatkan gambar raya terbaik untuk famili. Fiza tengok trend sekarang bila raya dorang akan ambil gambar di studio dengan berlatarkan warna putih dan kalau tengok gambar yang terhasil memang sangat cantik dan kemas.
Seminggu sebelum Raya, Fiza sudah mula tempah hari dan waktu untuk tidak berebut dengan pelanggan lain. Lokasi photoshoot adalah dalam studio yang terletak di Tanah Merah, Kelantan.
Pengalaman bergambar dengan anak-anak memang sangat mencabar. Bukan senang nak bergambar dengan dorang. Thaqif tak habis-habis dengan perangai dia, menangis, berguling dan suka sangat dengan pelita buluh sampaikan nak bawa balik pelita buloh tu selepas selesai sesi bergambar.
Alhamdulillah walaupun banyak cabaran, Fiza berpuas hati dengan gambar yang diambil. Memang berpeluh-peluh melayan karenah si Thaqif. Mujur baby Huwainaa tak menangis atau buat hal. Kalau tidak lagi pening mama dan dedi.
Fiza buat semua ini untuk kenangan kami, semua gambar kami dapat dan 2 keping gambar 8R diberikan secara percuma. Tugas Fiza selepas ini nak albumkan gambar-gambar yang ada pula.
Wassalam.
3 Comments
cantik gambar2 dia..:)
ReplyDeletebestnya ada gambar photoshoot raya..simpan sebagai kenangan kan fiza
ReplyDeleteCantik-cantik gambar yang diambil..
ReplyDelete