Find us on Facebook

Bersiar-siar di Pantai Sri Tujuh, Tumpat

Assalamualaikum. Pulang ke kampung tidak sah kalau tidak bawa anak-anak jalan di pantai. Destinasi kami kali ini adalah Pantai Sri Tujuh. Pantai ini dinamakan Sri Tujuh kerana pantai ini memiliki 7 buah teluk. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti resort, tempat bermain futsal, golf dan kolam mandi. 

Antara aktiviti lain yang boleh lakukan sewaktu di pantai ini adalah seperti memancing ikan dan berkhemah. Terdapat juga gerai-gerai makanan di tepi pantai.

Persisir Pantai Sri Tujuh



Kami ke sini pada waktu tengah hari dan cuaca sangat panas terik. Tiada niat nak bawa anak bermain air pun, saja singgah hendak melihat pantai. Laut pun sangat berombak dan Fiza tidak berani nak lepaskan Thaqif di tepi air. 




Pekena Ais Krim tembikai 


Air laut cantik dan biru. Terasa tenang bila lihat pantai bertemankan bayu laut dan pemandangan indah. Disebalik kecantikan ada juga kekurangannya. Sayang pantai tidak jaga dan terlalu banyak sampah. Tong sampah juga tidak disediakan sedangkan terlalu ramai pengunjung.

Nak salahkan pihak berkuasa pun tidak boleh juga. Kesedaran kita sendiri pun perlu ada. Kenapa perlu buang sampah merata-rata. Kalau semua pihak memberi kerjasama mungkin tiada sampah. Pantai Sri Tujuh memang sangat cantik. Lebih cantik kalau tiada sampah di merata-rata tempat. 

Destinasi seterusnya Pengkalan Kubor. Alang-alang dekat je dengan Pantai Sri Tujuh, kami lajak terus ke sana. Cuci-cuci mata je sebab sudah lama tak ke sana. 

Wassalam. 



Post a Comment

4 Comments

  1. cantik nya view..cerah je langit

    ReplyDelete
  2. jalan skan fiza bila blk kg..:)

    ReplyDelete
  3. dah 22 thn x berkunjung ke pantai sri tujoh n pengkalan kubor. mesti dah byk yg berubah...

    ReplyDelete