Find us on Facebook

Cermin keretaku retak beribu-ribu

Assalamualaikum. Minggu lepas tanggal 16 Oktober 2018 Fiza mendapat sedikit dugaan di mana kereta Myvi Kitty kesayangan mendapat retak cermin. Bukan sedikit tapi cermin belakang retak keseluruhan. Pada mulanya memang tidak percaya dengan apa yang terjadi tapi Fiza redha sebab perkara sudah nak terjadi. 

Cermin belakang retak keseluruhan

Insiden berlaku dalam kawasan perumahan. Cerita bermula apabila selesai menghantar anak di nursery, Fiza pun memandu kereta untuk ke pejabat. Sedang melalui kawasan perumahan, terdapat seorang pekerja sedang memotong rumput di tepi jalan. 

Fiza pun memandu seperti biasa walaupun hati memang tidak pernah senang kalau terlihat ada pekerja sedang memotong rumput. Banyak cerita Fiza baca tentang batu terbang waktu sedang memotong rumput. 

Lalu sahaja melintasi pekerja tersebut yang sibuk memotong rumput tiba-tiba seperti ada satu tembakan mengenai cermin belakang. Sekelip mata cermin itu retak dan bunyi retak dia memang Fiza ingat sampai sekarang. Lembut je bunyi retak tu.


Dari pandangan dalam

Bila pandang ke belakang, Ya Allah tidak percaya padahal jarak antara pekerja yang memotong rumput dengan kereta sudah agak jauh. Ini semua ketentuan.





Fiza pun berhentikan kereta dan memanggil pekerja tersebut untuk membayar kos ganti rugi. Pada awalnya dia enggan. Fiza telefon suami dan suami meminta untuk membuat laporan polis.

Pekerja Bangladesh tersebut terasa seperti terancam dan apabila Fiza meminta passport, dia tidak dapat berikan. Tetapi setelah membuat panggilan dengan kontraktor yang bertanggungjawab, akhirnya dia bersetuju untuk memberi sedikit wang ganti rugi.

Pekerja pemotong rumput yang dipertanggungjawab untuk membayar ganti rugi

Alhamdulillah, sekarang semuanya sudah selesai, cermin pun sudah ditukar dan masalah telah selesai. Lepas ini Fiza akan lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan pekerja yang sedang memotong rumput. Serik rasanya apabila cermin kereta original sudah tiada dan wang pun sedikit melayang.

Untuk pembaca yang seperti Fiza, sebagai peringatan sekiranya berlaku pada korang juga. Jangan biarkan mereka lepas tangan. Pastikan mereka membayar ganti rugi.

Wassalam.

Post a Comment

8 Comments

  1. jgn biarkan mereka lps tangan..huhu

    ReplyDelete
  2. teruk tu, sekali hati retak ni kalau gini huhuhu

    ReplyDelete
  3. Samalah Mrs. A pun pernah kena dua tiga bulan lepas kot.
    Cermin belakang kereta retak seribu.
    Eh! samalah warna kereta biru tapi Mrs.A viva jer...

    ReplyDelete
  4. alahai... benda nak jadi kan sis~

    ReplyDelete
  5. member ejulz pernah cerita kene mcm ni.. yg mcm ni la ejulz takut kalau ada org tgh potong rumput..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah depa nak bertanggungjawab juga. Kena hati2 lagi lepas ni.

    ReplyDelete
  7. memang aida sentiasa seriau kalau-kalau lalu kat org sedang mesin rumput.
    hadoi lah!
    syukur settle dgn damai.
    mereka memang kena bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  8. Memang bahaya dan kena berhati-hati.. Huhu.. Mujur dapat ganti rugi..

    ReplyDelete