Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak dan ianya ikhlas dari hati. Pemulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca. Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung oleh penulis sendiri.
Assalamualaikum. Ana Ikan Bakar Petai Kuantan terletak di Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan merupakan restoran ikan bakar yang tersohor dan dikenali oleh ramai pengunjung. Maka tak perlu Fiza hendak perkenalkan restoran ini.
Makan malam yang sedap di Restoran Ana Ikan Bakar Petai Kuantan | Makan malam kami di sini memang sangat best dan tak dirancang sebenarnya. Selepas maghrib kami terus ke sini dengan panduan adik perempuan Fiza yang sekarang menetap di Kuantan.
Menu harga dan jenis masakan |
Sambil menunggu ikan bakar |
Kegemaran Fiza yang sudah lama tidak minum coconut shake |
Keropok lekor |
Pesanan tiba memang agak lambat memandangkan mungkin terlalu ramai pelanggan yang datang makan malam. Tetapi kami tidak kisah sangat sebab memang teringin juga hendak merasa ikan bakar di sini.
Ikan Jenahak Bakar Petai |
Lala masak pedas |
Tudia petai dia |
Serius memang sedap makan dengan nasi panas. Tidak hairanlah kenapa restoran ini menjadi tumpuan pengunjung untuk makan. Rasa dia memang perfect.
Makan malam kami memang terbaik di sini, sedap dan memang puas hati. Baru tahu yang Ana Ikan Bakar Petai ada banyak cawangan dan bukan sahaja di Kuantan.
Persinggahan kami di Kuantan bakal berakhir keesokkan harinya. Kami akan bertolak ke Mentakab pula. Selesai makan kami ronda-ronda bandar Kuantan dan pulang ke hotel semula.
Wassalam.
6 Comments
husihh..mmg sdap ni..:)
ReplyDeletetempat yang menarik (^_^)
ReplyDeletesaya selalu juga ke kuantan..tapi tak berkesempatan lagi nak makan di Anak Ikan Bakar..
ReplyDeletePernah makan yg cawangan Bangi. Memang sedap, puas hati.
ReplyDeleteRindu nak makan butter prawn dekat sini. Lain dr yg lain. Sedap pulak tu.
ReplyDeletesedap. sekali makan di Kuantan n few times di Bangi... i is loiiike ikan bakar =D
ReplyDelete