Find us on Facebook

MyTOWN Shopping Centre bersebelahan IKEA Cheras pusat beli belah wajib dikunjungi

Assalamualaikum. Hari minggu kami terisi apabila kehendakkan mama Fiza untuk mengunjungi MyTOWN Cheras dituruti. Puas merayu akhirnya dapat juga. Teringin juga nak tengok macam mana rupa MyTOWN Shopping Centre.


MyTOWN Shopping Centre bersebelahan IKEA Cheras pusat beli belah wajib dikunjungi | Berjalan-jalan di hujung minggu tambahan pula hari Ahad memang terasa sesak juga dengan orang ramai. Tetapi bukan dalam MyTown tetapi dalam Ikea.


Sebelum masuk ke Ikea, kami pusing-pusing dulu shopping complex untuk melihat tawaran dan diskaun menarik. Sambil itu juga, suami sempat membeli pakaian untuk upacara majlis makan malam dia pada hujung minggu depan. Alhamdulillah selesai juga sebab pening kepala pikir majlis yang ada tema nie.

Abang Thaqif sibuk mencari kipas


Bila sesat kembali ke pangkal jalan

MyTOWN Shopping Centre tidaklah terlalu besar untuk sesat dan laluan juga mudah daripada tempat letak kereta untuk ke dalam mall. 

Pintu masuk IKEA Cheras



Terlalu ramai orang terasa serabut sangat. Disebabkan hendak berjalan, maka redah saja. Lama juga tidak masuk Ikea. Ikea Cheras pada pandangan Fiza lebih selesa jika hendak dibandingkan dengan Ikea Damansara. Tapi tak tahu pendapat pengunjung yang lain sebab Ikea tetap Ikea. Ramainya manusia sampai tak terkira. Apa yang kami fokus hanya untuk pastikan Thaqif tidak hilang.

Abang Thaqif dengan misi mencari kipas


Kedatangan kami ke MyTown Cheras juga dilengkapi dengan sesuatu yang amat istimewa khususnya buat anak-anak. Kebetulan waktu itu jam 1 tengah hari dan persembahan pertama baru sahaja berakhir pada 12 tengah hari. 

Persembahan kedua akan bermula pada jam 3 petang. Bermakna Thaqif berpeluang untuk melihatnya. Persembahan siapa yang Fiza maksudkan? Siapa yang ada di situ? Nantikan entry seterusnya.

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments