Assalamualaikum. Hari ini awal pagi Fiza dan suami telah membawa anak-anak ke Klinik Kanak-kanak Serena yang terletak di Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh. Abang Thaqif mengalami masalah sukar untuk bernafas sejak 2 hari lepas manakala baby Huwainaa pula selsema.
Penyebab dan punca kanak-kanak tidur berdengkur | Kesihatan Thaqif makin merudum semalam apabila dia kelihatan seperti penat dan bernafas melalui mulut. Waktu tidur pula memang semakin terganggu dan bunyi dengkuran seperti orang dewasa.
Mula-mula kami ingatkan dia hanya mengalami selsema seperti Huwainaa. Huwainaa hingus meleleh tetapi Thaqif tidak. Mungkin juga hidung tersumbat.
Tetapi sangkaan kami meleset apabila berjumpa doktor pakar kanak-kanak. Apabila doktor melihat dalam mulut Thaqif, rupanya tonsilnya bengkak dan bernanah. Disebabkan tonsil tersebut Thaqif tidur berdengkur.
google image Keadaan tonsil yang normal dan tidak normal. |
Thaqif mengalam tonsil dengan tompok-tompok putih.
Oleh kerana Thaqif terlalu aktif kami tidak perasan waktu bila dia demam kerana tanda awal bengkak tonsil adalah demam dan kurang selera makan.
Doktor beritahu jangan risau kerana ia memang perkara biasa yang berlaku pada kanak-kanak. Mujur Thaqif bukan lelah sebab itu yang kami risau. Kesihatan lain pada Thaqif seperti keadaan paru-paru normal dan sihat. Doktor nasihatkan supaya banyakkan minum air dan pastikan kebersihan sentiasa dijaga.
Doktor memberi ubat dan antibiotik yang perlu dihabiskan untuk merawat tonsil tersebut. Tonsil biasanya akan sembuh dalam masa 7 - 10 hari. Memang kesian tengok Thaqif sebab sukar hendak bernafas. Masalah yang lebih teruk jika tidak dirawat, mulut akan berbau dan dikuatiri akan menghalang sistem pernafasan.
Ubat Tonsil Thaqif
Ubat selsema Huwainaa
Kerisauan kami terjawab akhirnya. Mujur kami bawa mereka cepat ke klinik sebelum ia menjadi semakin teruk. Mama doakan Thaqif cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa, begitu juga Huwainaa. Patutlah mood dia kelaut dalam 2-3 hari ini.
Anak-anak kalau tidak sihat, ibu bapa paling penat sebab mereka kuat merengek kerana kurang selesa. Tidur pun memang tergangung. Cepatlah sembuh anak-anak mama. Amin.
Wassalam.
4 Comments
sakitnya tonsil sampai bernanah. adik syaza dlu kecik2 ada masalah tu sebab dia suka menjerit huhu
ReplyDeleteMoga Thaqif cepat sembuh :)
ReplyDeleteTetiba teringat anak saudara umur 5 tahun asyik dengkur je
ReplyDeleteAllah.. sempga kembali sihat ye Thaqif..
ReplyDelete