Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak dan ianya ikhlas dari hati. Pemulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca. Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung oleh penulis sendiri.
Assalamualaikum. Penangan tonton rancangan jalan-jalan cari makan di TV3. Kebetulan dekat sahaja nak ke sini. Minggu lepas itu memang kami terus jejakkan kaki ke Ilin Cendol, Sg. Buloh. Sebelum ini tidak tahu pun kewujudan kedai cendol ini walaupun selalu juga lalu jalan tersebut.
Cendol sedap di Sg. Buloh | Menu utamanya semestinya cendol. Ada berbagai jenis cendol dan ABC di sini. Masa kunjungan kami waktu tengah hari, memang penuh dengan pelanggan. Mungkin mereka juga menonton rancangan yang sama.
Cendol pulut mangga
ABC mangga ais krim
Seronok Thaqif nampak ais krim
Huwainaa pun nak makan juga
Mee Udang
Nasi Asam Pedas Kembong
Pisang Goreng Choc
Servis cepat walaupun ramai pelanggan. Mee Udang yang Fiza makan memang sedap dan terbaik. Suami Fiza pun bagitahu asam pedas kembong pun sedap sangat. Keseluruhannya memang kami berpuas hati dengan makanan yang disediakan.
Cuma kedai terlalu kecil, disebabkan terlalu ramai yang makan di sini Fiza rasa kurang selesa dan agak panas. Tapi bagi mereka yang hendak makan di sini, korang tak akan menyesal.
Wassalam.
1 Comments
Okay terliur tengok gambar
ReplyDelete