Assalamualaikum. Produk penjagaan kulit wajah Safi telah menjadi salah satu pilihan wajib yang Fiza akan gunakan selain daripada keberkesanannya dalam menjaga kulit wajah ianya sudah diperakui halal. Untuk kali ini Fiza hendak perkenalkan lagi satu produk rangkaian Safi iaitu Safi Dermasafe. Ia telah dilancarkan tidak silap Fiza pada tahun lepas lagi.
Safi Dermasafe rangkaian produk pembersih wajah selamat tanpa paraben | Salah satu kenapa kita perlu betul-betul teliti dalam memilih penjagaan kulit wajah adalah untuk memastikan kulit kita sentiasa sihat dan bersih. Sebab itu, kita perlu memastikan dahulu kandungan yang terdapat dalam setiap produk penjagaan muka yang dipilih.
Dengan Safi Dermasafe, memang tidak perlu risau kerana kandungan bahan yang terdapat di dalamnya sangat “mesra kulit” dan telah diuji secara dermatologi, tanpa alergen, mempunyai kadar pH yang seimbang, dan paling penting adalah bebas paraben. Kesemua produk Safi Dermasafe berasaskan daripada esktrak Likuoris dan Chamomile.
Safi Dermasafe mempunyai 5 jenis produk penjagaan kulit lengkap untuk wajah dari siang hingga ke malam. Antara produk yang terkandung dalam Safi Dermasafe adalah Pembersih Muka Gel Mild & Gentle, Pembersih Muka Mousse Gentle Care, Pelembap Siang Soothe & Hydrate, Pelembap Malam Rehydrate & Recover dan Semburan Booster Hydrate & Refresh.
SAFI DERMASAFE PEMBERSIH MUKA GEL MILD & GENTLE
|
SAFI DERMASAFE PEMBERSIH MUKA MOUSSE GENTLE CARE
SAFI
DERMASAFE PELEMBAP SIANG SOOTHE & HYDRATE
|
SAFI DERMASAFE PELEMBAP MALAM REHYDRATE & RECOVER
SAFI DERMASAFE SEMBURAN BOOSTER HYDRATE & REFRESH
Macam mana pula fungsi dan cara menggunakan setiap produk yang ada kerana kesemuanya mempunyai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri.
SAFI DERMASAFE PEMBERSIH MUKA GEL MILD & GENTLE
Ia diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile yang mana dapat membersihkan kulit secara mendalam. Fiza akan gunakan setiap hari untuk membersihkan kulit wajah sebab kulit kita ini selalu terdedah kepada kotoran dan juga alat solekan. Lepas pakai memang akan rasa kulit kembali lembab dan segar semula.
Gunakan setiap hari untuk membersihkan kulit wajah
SAFI DERMASAFE PEMBERSIH MUKA MOUSSE GENTLE CARE
Pembersih lembut dan ringan yang menghasilkan buih lembut apabila di pam. Buih yang keluar memang Fiza sangat suka. Ia mengandungi formula yang tidak kering dan anti-pencemar ini membantu melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar tau. Fiza gunakan gilir-gilir dengan pembersih muka gel dan yang ini lagi senang. Picit terus keluar buih dan sapukan pada muka.
Mudah dipakai kerana ianya mengeluarkan terus buih lembut apabila di pam.
SAFI DERMASAFE PELEMBAP SIANG SOOTHE & HYDRATE
Pelembab wajah yang tidak berminyak. Bila disapu pada muka, memang cepat betul serapannya dan memang selesa. Fiza kan gunakannya sebelum mengenakan solekan pada wajah. Kalau di rumah pun, selepas mandi boleh terus sapukan kulit wajah. Sebab fungsinya untuk memastikan kulit kita sentiasa lembut dan lembab.
Pelembab siang
SAFI DERMASAFE PELEMBAP MALAM REHYDRATE & RECOVER
Malam pula, Fiza akan gunakan pelembab malam malam Rehydrate & Recover. Ia dapat membantu merawat kulit muka tanpa meninggalkan kesan minyak terutamanya ketika kita sedang tidur. Malam sebelum tidur pun hendak cantik juga kan. Hasilnya bangun pagi memang terasa kulit kita lembut je.
Untuk yang selalu menggunakan alat solekan ketika keluar dari rumah, Safi dermasafe ada juga semburan untuk kulit wajah. Selepas bersolek, semburkan sahaja booster Hydrate & refresh di wajah. Fungsinya adalah untuk mengekalkan kelembapan pada wajah sambil memperkuat struktur, melindungi kulit daripada pencemaran dan membolehkan solekan kekal lama. Yang ini memang Fiza suka sangat pakai. Lepas make up pun kulit rasa segar.
Semburan untuk wajah selepas mengenakan solekan wajah.
Antara produk rangkaian wajah Safi
Safi Dermasafe adalah produk penyegar dan pelembap dengan kombinasi formulasi bahan-bahan bebas daripada pewangi, pewarna, alkohol, minyak mineral dan ujian keatas haiwan.
Korang mesti akan suka dengan Safi Dermasafe ini. Untuk maklumat lebih lanjut dan lebih lagi mengenai produk menjagaan kulit wajah Safi. Dapat produk safi di Shopee --> Safi Malaysia
2 Comments
Best kan awak pakai safi dermasafe.
ReplyDeleteanak kak ana memang serasi menggunakan Safi Dermasafe ni Fiza :)
ReplyDelete