Assalamualaikum. Nak buat rendang tak susah tau. Menu wajib kami kalau beraya. Resipi ini juga Fiza ambil dari mak Fiza sendiri.
Bahan-bahan untuk 1kg daging:
- * 4 biji Bawang Besar
- * 6 biji Bawang Putih
- * Cili kering (ikut kepedas
- * 1 cm Lengkuas
- * 2 cm Halia
- * Serai
- Daging
- Santan Kelapa
- Kerisik
- Daun limau purut
- Asam keping
- Serbuk Rempah Kari Daging Mak Siti
- Minyak masak
- Gula, garam
Cara memasak Rendang Daging :
- Kisarkan kesemua bahan bertanda *.
- Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan yang dikisar.
- Masukkan daging yang telah dipotong kecil.
- Masukkan santan.
- Tunggu sehingga daging empuk.
- Masukkan satu sudu besar rempah kari daging Mak Siti dan tunggu semua ramuan sudah naik minyak.
- Masukkan asam keping, daun limau purut dan kerisik.
- Kacau sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Siap untuk dihidangkan.
Bahan-bahan untuk rendang daging
Rempah Kari Daging Mak Siti
Kisarkan bahan *
Kisar sehingga halus
Sedia untuk menumis
Masukkan daging
Jangan lupa rempah kari daging Mak Siti
Masukkan 1 sudu rempah
Kacau sehingga naik minyak
Masukkan kerisik, asam keping dan daun limau purut
Siap untuk dihidangkan
Enak dimakan dengan nasi himpit
Daging pun empuk, nyum.. nyum
Hidangan wajib pagi raya
Mudah bukan. Rendang Daging bukan sahaja boleh dimakan pada hari raya, nak makan dengan nasi sebagai lauk pun boleh. Selamat mencuba.
3 Comments
SEDAPNYA RENDNAG DAGING TU.. MAKAN DENGAN LEMANG PUN SEDAP..
ReplyDeleteNampak sedap dan menyelerakan sungguh..
ReplyDeleteRempah mak siti memang sedap..
menarik resepi nya..
ReplyDelete1st time saya tengok ada rempah kari utk masak rendang.
thanks share resepi ni, boleh sy try resepi ni nanti