Assalamualaikum. Siapa kat sini pakai contact lens macam Fiza? Fiza memang pakai setiap hari sebab rabun dan memang tak suka pakai cermin mata kalau ke pejabat. Selesa lagi memakai lens. Contact lens pilihan Fiza memang jenis bewarna sama ada gray, coklat atau violet.
Biru Mata Hitamku, dapatkan Contact Lens murah di Barbie Eyesland.my | Baru-baru ini Fiza mencari kelainan sedikit untuk kanta lekap yang Fiza selalu pakai. Terjumpa di FB Barbie Eyesland.my. Menarik juga bila mereka menawarkan contact lens percuma untuk pelanggan baru.
Memang Fiza tidak lepaskan peluang untuk dapatkan. Warna yang fresh dan tak pernah lagi Fiza pakai iaitu Fantasy Blue bersaiz 15mm. Kali ini memang tekad untuk membuat kelainan pada anak mata.
Sampai dengan free gift 2 biji gula-gula serta lens casing |
Fantasy Blue bersaiz 15mm |
Jangan terkejut yer dengan warna biru mata hitamku. Memang cantik dan Fiza sangat menggemarinya. Fiza pakai sesama ada majlis di pejabat dan rumah terbuka raya. Thaqif pun bagitahu mata mama cantik.
Amacam warna mata Fiza |
Fiza memang tak pernah kenakan warna biru, ini kali pertama dan memang agak janggal juga bila tengok muka sendiri pada mulanya. Lens yang sangat selesa dan cantik. Kalau korang berminat, boleh ke website https://www.barbieeyesland.my/.
Wassalam.
3 Comments
Biru mata fiza hehe. Kinah tak berani nak pakai lens ni.
ReplyDeleteCantiklah warna contact lens tu.. sesuai dengan fiza..
ReplyDeletetakut nak cuba sis hehe kawan da bagi free lens tapi sampai skrg tak cuba2
ReplyDelete