Find us on Facebook

Hijabista Jawi Lipstik Untuk Hijabista Edisi Julai-September 2019 dengan Surprise Box

Assalamualaikum. Selamat pagi buat semua pembaca. Pagi ini Fiza nak kongsikan "Surprise Box" yang berwarna pink. Kemain cantik warnanya sampaikan teringin nak dapatkan. Kebetulan pagi tadi singgah di 7-Eleven Sg. Buloh. Ternampak kotak pink di hujung cashier.


Hijabista Jawi Lipstik Untuk Hijabista Edisi Julai-September 2019 dengan Surprise Box | Pergi rapat rupanya majalah Hijabista Edisi Khas. Dalam kotak ada kejutan untuk pembeli. Tengok pun menarik, Fiza pun belilah satu. Nak tahu juga dalam dapat apa kan.



Rezeki dalam surprise box, kita dapat Puffy Inner dari Hijab for Traveller, Hannan Medispa foundation dan Max kleen9 hijabwash. Kira berbaloi dapatkan kotak ini dengan harga RM 19.90. Sebab harga inner itu pun dah RM 37. 

Ada 3 barang

Edisi khas Hijabista kali ini bertulisan jawi. Memang menarik sangat sebab jarang kita nak dapat baca bahasa jawi bukan? Apa kata kali ini korang asah semula bakat membaca jawi. Memang berpinar dan merangkak juga Fiza nak membaca sebab kurang sangat bacaan jawi dalam kehidupan kita ini.  

Majalah bertulisan jawi
Max kleen9 hijabwash
Puffy Inner daripada Hijab for Traveller
Hannan Medispa foundation
Jadi jom dapatkannya sebelum kehabisan stok. Stok mula keluar pada 17 Julai 2019. Ada rezeki mungkin korang akan dapat yang lebih surprise daripada yang Fiza dapat.

Wassalam.

Post a Comment

1 Comments