Assalamualaikum. Produk Johnsons Baby memang telah dikenali ramai. Sejak johnson memperkenalkan rangkaian baharu iaitu Johnsons Active Kids, memang tercari-cari juga. Mujur jumpa di Speedmart 99. Itu pun stok ada sedikit sahaja.
JOHNSON’S Active Kids untuk kanak-kanak aktif | Sebelum ini packaging lain sedikit, tapi masih berwarna biru. Kali ini ia tampil dengan packaging yang lebih menarik dan comel. Satu pak ada 3 produk yang terdiri daripada syampu, sabun mandi dan bedak.
Clean & Fresh Shampoo |
Rangkaian produk ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke atas. Memang sesuai untuk Thaqif. Syampu Clean & Fresh membantu mengelakkan peluh bertukar bau selama 12 jam kesegaran yang tahan lama (dibuat dengan Teknologi Active Fresh) Dibuat dengan formula TEAR NO LEARNERS.
Mandian Clean & Fresh memberikan wangian yang berpanjangan untuk kanak-kanak. Ia menyegarkan kulit serta-merta dengan ekstrak aloe & ekstrak teh hijau. Kesemua rangkaian produk dicipta khas lebih lembut berbanding produk orang dewasa, tetapi berkesan untuk keperluan kanak-kanak.
Penutup yang kemas bagi elakkan pembaziran |
Fiza suka sangat dengan ciptaan penutup yang menyukarkan kanak-kanak untuk bermain dengan syampu dan sabun mandi. Anak Fiza memang pantang nampak sabun, dituangnya habis dalam besen mandi.
Tapi dengan penutup macam nie, memang selamat syampu dan sabun dalam bilik air.
Harga pun berpatutan. Layari https://www.johnsonsbaby.com.my untuk maklumat lanjut. Untuk pembelian, boleh dapatkan di pasaraya berdekatan, ataupun secara online di Shopee --> JOHNSON’S Active Kids
1 Comments
Memang bagus produk Johsonsbaby nie..
ReplyDelete