Find us on Facebook

Ayam dan Burger Korean Sensasi Marrybrown sedap dan menepati selera

Assalamualaikum. Bulan lepas masa buat review majlis Pembukaan MarryBrown Sg. Choh, Rawang, memang terjeling-jeling juga nak merasa menu ayam korean dorang ini. Tapi waktu itu memang masa tidak mengizinkan. Maka hajat untuk makan menu korean itu disimpan dulu.


Ayam Korean Sensasi Marrybrown sedap dan menepati selera | Minggu lepas, Fiza ajak suami dan anak-anak sekali untuk pergi ke Marrybrown yang sama. Teringin sangat nak meresa menu Korean Sensasi Ayam Terhangat. Nak kata menu baru taklah jugak sebab ia dah diperkenalkan pada tahun lepas.


Untuk makan dalam suasana yang selesa dengan anak-anak, kami membuat pilihan take away. Order dan makan di rumah. Lebih senang buat macam itu. Sementara menunggu order siap, Thaqif dan Huwainaa sempat bermain di Marryland taman mini untuk kanak-kanak. 



Bila ada taman kanak kanak macam ini, sangat selesa untuk budak budak. Memang Fiza tidak serabut untuk kawal dorang berdua nie sebab boleh lepas bebas kat dalam taman mini tersebut. Cuma Huwainaa je perlu dikawal sebab budak-budak yang main di sini boleh tahan kasarnya.





Set Korean Sensasi dan Kiddy Meals 


Burger Ayam Terhangat 


Kepak Ayam Terhangat 


Burger dan ayam Korean Sensasi memang sedap. Kombo Burger dan ayam ini didatangkan sekali dengan kentang goreng dan minuman ringan. Pedas itu wajiblah kan kalau dah nama pun menu korean taklah pedas sangat. Wajib repeat lagi kalau berkesempatan lagi. Makanan bergoreng ni sesekali ok la. Kalau selalu boleh naik jerawat kat muka ni. Lebih lebih lagi kat telinga. Pastikan kita amalkan menu sihat ok.

Untuk kiddy meal kami pilih set Chicken Burger untuk Thaqif dan Chicken Nugget untuk Huwainaa. Disertakan dengan mainan ala lego yang sangat kecil dan agak tidak sesuai untuk kanak-kanak seperti Huwainaa kerana takut tertelan. Makanya terpaksa disorokkan dari Thaqif.

Kesimpualannya, ayam dan burger Korean Sensasi Marrybrown memang sedap dan menepati selera Fiza serta suami. 

Wassalam.

Post a Comment

1 Comments

  1. Ayam dia sedap.. Kinah dah try dah. Burger tu next time hehe

    ReplyDelete