Assalamualaikum. Alhamdulillah dan rasa syukur apabila cuaca hari ini mulai kembali seperti biasa. Matahari sudah mula memancarkan cahaya. Mana tak nya, hampir 2 minggu negara dibelenggu dengan jerebu. Keadaan jerebu kali ini boleh dikatakan agak buruk dan suram. Memang harapnya jerebu ini tidak berlaku lagi.
Cuti hari minggu pun terpaksa duduk di rumah je sebab bimbang hendak bawa anak jalan-jalan di luar. Tapi minggu lepas kami bercadang untuk ke Central i-City Mall yang terletak di Shah Alam. Kalau jalan dalam mall rasa selamat sedikit cuma yang tak selamatnya duit dalam purse.
Chapayom Central i-City ada pelbagai menu minuman dan makanan Thai | Bagi yang tak pernah ke Central i-City, pusat membeli belah terkemuka di Selangor, mallnya agak besar dan bahagian LG dipenuhi dengan restoran-restoran, cafe-cafe, booth-booth kecil yang menjual pelbagai jenis makanan. Kami memilih untuk menikmati makanan dan minuman di Chapayom.
Mesti korang tertanya-tanya, apa itu Chapayom? Chapayom sebenarnya sangat berjaya di negara asalnya iaitu Thailand. Mereka menghidangkan makanan serta minuman dan cawangannya telah mencecah melebihi 1500 di Thailand. Mereka juga telah meluaskan lagi sayap perniagaannya dengan pembukaan Chapayom ke peringkat antarabangsa termasuklah Malaysia.
Cawangan pertama Chapayom adalah di Central i-City yang mana majlis perasmiannya telah diadakan pada 16 September 2019 yang lalu. Fiza rasa beruntung juga kerana menjadi antara pengunjung terawal dan berpeluang untuk menulis review serta pengalaman makan di sini bersama suami dan anak-anak. Bagi yang nak tahu menu sedap apa yang disediakan. Meh baca sampai habis.
Pertama sekali Fiza nak bagitahu, harga makanan yang mereka letak sangat berpatutan. Minuman serendah RM 7.90. Selain itu menu yang mereka sediakan adalah tertumpu kepada snek original dari Thailand.
Thai Milk Tea |
Thai Milk Green Tea |
Fiza memilih untuk merasa sendiri Thai Milk Green Tea dan suami memilih Thai Milk Tea dengan topping special grass jelly yang mana boleh minum bersama anak-anak. Rasa Thai Milk Green Tea yang rasa betul-betul original, tak payah nak pergi Thailand dah. Korang boleh minum di Chapayom jer.
Rugi kalau korang tak cuba Papaya somtam. Rasa masam dan manis yang tepat. Selalunya kalau pakai di kedai-kedai Thai tomyam di tepi jalan, kami akan memesan somtam, rasanya adakala sangat mengecewakan. Tapi somtam di Chapayom nie, kalau korang makan, lengkap bahan dan pedas itu wajib.
Papaya somtum |
Thai imported noodles
Jackfruit sticky rice |
Menu lain yang Fiza makan adalah seperti Thai imported noodles dan jackfruit sticky rice. Pulut yang dikapit dengan buah nangka. Siap ada santan lagi. Sebab itu Fiza nak bagitahu menu mereka sememangnya original.
Popcorn chicken with Thai sweet sauce |
Untuk anak pula, kami ambil popcorn chicken with thai sweet sauce. Ayam lembut dan sekecil popcorm memang sesuai anak-anak. Nak bagi anak-anak duduk diam, bagi dorang makan ais krim Green tea.
Green Tea Softserve with boba |
Pada hari yang sama juga, Fiza sempat melihat salah seorang pemenang yang telah berjaya memenangi pertandingan BRING HOME THE GOLD! yang dianjurkan oleh pihak Chapayom pada majlis Grand Opening yang berlangsung pada 16 September 2019 lepas. Hadiah berupa 1g Solid Gold Bar. Tahniah diucapkan.
Tahniah buat pememang yang mendapat 2g solid gold bar |
Jadi kalau korang nak minum Thai Milk Green Tea yang rasa betul-betul original, tak perlu nak pergi Thailand dah. Korang boleh minum di Chapayom jer. Chapayom Tea dihasilkan dengan daun tea premium dari kawasan utara Thailand. Rasa Thai Milk Green Tea yang sangat menepati selera kami sekeluarga.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sosial Chapayom Malaysia. Korang juga boleh kunjungi terus Chapayom di alamat yang Fiza butirkan di bawah.
FB : Chapayom Malaysia
IG : @chapayommalaysia
Email : chapayom.malaysia@gmail.com
Lokasi :
Chapayom Malaysia
LG K01, Central I - City Mall, Shah Alam
Business hour: 10am-10pm (Mon-Fri)
10am-10.30pm (Sat-Sun)
Wassalam.
1 Comments
hritu ada tgok jugak blogger review pasal chapayom ni. sedapnyaaa semua tuu
ReplyDelete