Assalamualaikum. Entry lepas Fiza ada cerita sedikit mengenai Waka-Waka KL. Peluang ini diberikan oleh pihak The AsianParent di mana ibu yang membawa anak-anak untuk menghadiri event pada hari tersebut, boleh membawa anak-anak sekali. Tetapi bukan masuk dalam event, anak-anak boleh bermain di taman permainan indoor yang terletak di Annex @ Furama Hotel.
Pengalaman membawa anak ke taman permainan indoor Waka-Waka KL | Lebih dikenali dengan Waka Waka KL Indoor Playground terletak dalam Furama Hotel Bukit Bintang. Tak sangka dalam hotel ada indoor playground. Waka Waka KL merupakan indoor playground bertemakan Safari, untuk kanak-kanak dari 9 bulan hingga 14 tahun.
Peraturan taman permainan |
Tempat letak kasut disediakan |
Kaunter pendaftaran |
Sebelum masuk pastikan ibu bapa, penjaga dan anak-anak dipakaikan dengan stokin. Kalau tak bawa stokin pun jangan risau, boleh beli di kaunter masuk. Kawasan permainan sangat luas. Memang tak akan risau anak-anak nak berlari, berguling, bergolek, tapi jangan sampai kena pengunjung yang lain.
Terbahagi kepada 4 kawasan permainan mengikut peringkat umur iaitu Safari Play Area, Adventure Cove, Toddler Area dan The Lion's Den. Untuk anak Fiza yang berusia 4 dan 1 tahun, kami letakkan dia kawasan Safari Play Area dan Toddler Area.
Di Safari Play Area anak-anak boleh bermain gelongsor gergasi. merangkak dalam terowong, melompat atas trampolin dan memanjat gunung berapi.
Tengok si Thaqif main, memang seronok, sampai tak berhenti, memanjat, melompat, sampaikan panjat gunung berapi tak pakai tali. Baru Fiza dapat lihat ketangkasan Thaqif kat sini.
Untuk Huwainaa, memang sesuai untuk diletakkan di Toddler Area. Tapi sebabkan abang dia pun aktif semacam, dia pun banyak habiskan masa di Safari. Sampai mengamuk minta tidur sebab keletihan.
Lapar, order je sini |
Ruangan untuk makan, menunggu dan lepak |
Sempat cari kawan, anak-anak blogger Nadia |
Prince Thaqif nak turun nie |
Terima kasih The AsianParent, Natugee dan Waka-waka Kuala Lumpur atas peluang yang diberikan. Memandangkan Fiza tak dapat join anak-anak. memang Fiza tekad untuk datang lagi. Thaqif pun nak datang lagi main di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai bayaran dan waktu operasi, rujuk butiran di bawah :
Website : https://playatwakawaka.com
Facebook : https://www.facebook.com/playatwakawakakl/
Instagram : https://www.instagram.com/wakawakakl/
0 Comments