Find us on Facebook

Sedap ke menu western kat Loteng @ Teluk Cempedak?

Assalamualaikum. Menjawab soalan di atas, nak tahu sedap ke tidak, kalau korang ke Kuantan, jangan lupa singgah Pantai Teluk Cempedak. Di situ korang akan ketemu dengan Restoran Loteng. Restoran ini terletak di atas tingkat satu, sebab itu namanya pun Loteng. 


Sedap ke menu western kat Loteng @ Teluk Cempedak? | Ceritanya 2 minggu lepas kami berjalan-jalan bawa mak melawat adik yang tinggal di Kuantan. Salah satu sebab juga kenapa kami ke Kuantan, sebab di sana banyak makanan sedap. Cuma nak standby duit je.

Loteng @ Teluk Cempedak
Naik tangga dulu baru jumpa
Menu western dan asian food
Menu yang disediakan di sini memang pelbagai. Nak makan makanan melayu, makanan ala thai, barat semua ada. Harganya standard nak kata murah pun tak, mahal pun tak. Selain itu ada juga pencuci mulut seperti ais krim dan kek. 

Kaunter pesanan di tingkat 1
Loteng menyediakan tempat makan di tingkat 1 dan 2. Kami malas nak naik tangga, jadi ada je tempat kosong terus duduk dan tunggu makanan sampai.

Makan menghadap pantai Teluk Cempedak
Grilled Chicken Burger
Spaghetti Carbonara 
Grilled Chicken with Aglio Olio
Spaghetti Beef Bolognese 
Maryland Chicken with Green Curry Rice
Thaqif dan sepupu Awisy
Coconut milk shake, tembikai dan ice lemon tea
Coconut Ice cream
Huwainaa berposing dengan Awisy
Lepas makan kami pun bersiar-siar tepi pantai Teluk Cempedak. Tengok gelagat anak-anak main pasir, kejar buih sabun, memang seronok bila cuti diluangkan bersama keluarga.


Nenek dan Huwainaa
Dengan mak dan adik

Jalan-jalan kami di sini tak habis lagi. Ini baru intro makan di Loteng. Banyak lagi aktiviti kami sepanjang berada di Kuantan. Ada masa Fiza akan teruskan menulis. Untuk review makan di Loteng, memang kami sekeluarga puas hati. makanan sedap, servis pun cepat. Kalau korang ke Kuantan, berkunjunglah ke sini yer.

Wassalam.


Post a Comment

2 Comments

  1. wah... banyak menunya.... nampak cam sedap tu, airskrim kelapa tu yummmy la

    ReplyDelete
  2. Tengok menu tu ha nampak sedap je...seronok jenjalan kan..

    ReplyDelete