Assalamualaikum.
Mencari keberkatan bukan hanya melibatkan diri sendiri malahan sekiranya kita telah berumah tangga, ada suami, ada isteri dan ada anak-anak mencari keberkatan adalah penting. Untuk hidup bahagia, sesebuah keluarga perlu mendapat keberkatan daripada Allah.
Berkat itu bermaksud kurnia atau rahmat Allah yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia. Ia berkaitan dengan kehidupan, oleh sebab itu hidup ini dan keberkatan bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk keluarga juga.
Dalam mencari keberkatan hidup berkeluarga, ada 5 tips yang telah dikongsikan oleh Ustaz Khairul Azhan Ahmat yang merupakan Pengurus Perundingan Zakat. Antaranya ialah :
1. Mencari rezeki dari sumber yang halal
2. Sedekah wang kepada ibu bapa - dahulukan mereka
3. Sedekah dan memberi zakat kepada yang memerlukan (“Zakat@FAMILY”)
4. Membaca Quran setiap hari
5. Berdoa kepada Allah supaya sentiasa memperoleh keberkatan dalam hidup
Oleh yang demikian, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyediakan satu inisiatif yang dinamakan Zakat@FAMILY.
PENGENALAN “Zakat@FAMILY”
“Zakat@FAMILY” adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawb di dalam sesebuah keluarga. Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di Selangor.Firman berkaitan dengan keluarga - Surah Al-Tahrim ayat 6 |
LATAR BELAKANG
Pensyariatan zakat adalah satu daripada ciri – ciri yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk membentuk peribadi manusia sesuai dengan pra-syarat kebahagiaan sesebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni mahupun sebagai individu yang menyanjungi kebahagiaan dalam kehidupan ini.
Zakat adalah salah satu fardhu dalam rukun islam yang lima. Sesiapa yang mengingkari akan kefardhuan zakat adalah kafir dengan ijma’ sebagaimana pendapat Ibn al Sobagh. Menegah daripada keluar menunaikan zakat boleh diperangi dengan ittifaq para sahabat sehingga mereka menunaikan hak Allah SWT kepadanya.
LZS cuba mengorak langkah dengan mengadakan kempen taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali yang masih di bawah tanggungan mereka.
Perkara ini adalah merupakan salah satu inisiatif Divisyen Kutipan di dalam meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor.
KAEDAH DAN TANGGUNGJAWAB
Ketua keluarga perlu memastikan setiap individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk :
- Diri Sendiri
- Pasangan
- Tanggungan
- Individu di bawah jagaan
Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang “Zakat@FAMILY”.
Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya.
Panduan Pemilik Harta, Tanggungjawab Taksiran dan Tanggungjawab Pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :
Pemilik harta & tanggungjawab taksiran serta pembayaran zalat |
Jenis-jenis harta yang terlibat bagi pentaksiran dan pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut:
Dengan sedikit penerangan yang disampaikan diharapkan agar ianya menjadi contoh kepada institusi-institusi zakat yang lain dalam gerak kerja taksiran zakat ke atas setiap individu muslim secara menyeluruh tanpa mengira usia dan sebagainya. Semoga dengan pelaksanaan kempen dan promosi yang dirancang dan dijalankan nanti akan dapat mendidik umat Islam di Selangor dengan lebih baik dalam menunaikan ibadah zakat sekaligus memberi kemudahan dan kefahaman serta dapat mengoptimumkan kutipan zakat di Lembaga Zakat Selangor.
Dengan ini, setiap ketua keluarga, penjaga atau wali dapat melaksanakan tanggungjawab dalam memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di bawah tanggungan dan jagaan mereka dapat menunaikan kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).
Untuk rujukan berkaitan perkara ini boleh layari portal rasmi LZS di www.zakatselangor.com.my. Kupasan lanjut mengenai topik juga boleh ditonton di sini.
Wassalam.
7 Comments
Bagus zakat buat macam ni.. Kira ni baru dilancarkan la ye..
ReplyDeleteInsyaallah sama2 la kita sebagai umat islam menunaikan zakat..
ReplyDeleteGood sharing Fiza.. tak rugi pun kita berzakat kan..
ReplyDeleteBagus Lembaga Zakat Selangor adakan program sebegeni bagi memberi kesedaran jepada maayarakat kepentingan menunaikan zakat
ReplyDeleteAlhamdulillah. Adanya Zakat@Family ni kita lebih cakna dgn tuntutan zakat yg perlu dibayar.
ReplyDeleteSama2 la kita menunaikan zakat bg yg berkemampuan & berkelayakkan..
ReplyDeleteZakat ni perlu kan ditunaikan.
ReplyDeleteMoga moga kita semua yang berkemampuan dapat tunaikan sebaiknya kewajipan ni.