Assalamualaikum. Tak terlambat lagi untuk Fiza ucapkan Selamat Tahun Baru 2020. Tahun baru bermula dengan Abg Thaqif yang mula memasuki alam tadika. Hujung tahun hinggalah ke awal tahun memang sibuk sangat. Banyak entry blog untuk bulan 12 yang Fiza akan updatekan dalam masa terdekat termasuklah cerita abg Thaqif.
Untuk permulaan Tahun Baru, Fiza hendak sambung kisah bercuti kami ke Sunway Lost World of Tambun. Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan. Ini yang dikatakan rezeki berblogging. Kalau tidak tak sampai la kami ke sini lagi. Kalau betul-betul nak pergi pun mungkin bila Thaqif dah besar. Tiket masuk percuma dari Sunway Malaysia untuk 2 orang dewasa memang kami tidak sia-siakan. Bila tiket ada di tangan, terus kami planning tarikh untuk pergi.
Apa yang best kat Sunway Lost World of Tambun? | Kami ke sini pada 21 Disember 2019, hari Sabtu dan waktu cuti sekolah. Ramainya manusia memang tidak terkira. Paling best cuaca elok, tak hujan, barulah seronok bermandi manda. Kami tiba jam 11 pagi dan terus beli tiket masuk untuk Thaqif dan kami juga membawa sorang anak saudara belah suami.
Port wajib bergambar
Peta LWOT
Harga tiket masuk
Tiket untuk 4 orang di tangan, masa untuk kita enjoy
Tarikan utama mestilah Lost World Water Park, kemudiannya ada Lost World Amusement Park, Lost World Tiger Valley dan Lost World Petting Zoo. Untuk kali pertama datang ke sini macam kami, pengunjung boleh terus mengenakan pakaian yang sesuai untuk main air atau swimming attire. Mula-mula pun kami blur juga sebab macam mana kalau nak contoh nak naik roller coasters, main di Amusement Park, boleh ke dengan pakaian renang? Sebenarnya boleh.
Lagi mudah apabila kita tukar pakaian renang, lagi senang juga untuk anak-anak kecil, lagipun water theme park di sini luas, rasa nak main air terjun je dalam air, tak perlu risau lagi pasal anak-anak. Begitu juga kita yang dewasa.
Perak Parade marry go round
Dragon Flights pening kalau naik sebab dah pernah main
Stormrider nie pun luruh gak jantung sebab pernah naik
Thaqif dan Long Ikmal, sepupu dan dua2 anak sulung
Jom jalan-jalan mini Ipoh Street
Anak saudara sempat layan Rumah Hantu Haunted Chambers
Nak tengok kucing boleh masuk Catopia
Boleh tengok harimau secara dekat di Lost World Tiger Valley
Kami sempat menyaksikan pertunjukan haiwan seperti burung kakak tua, raccoon, landak dan tidak lupa juga harimau, Semuanya membuat persembahan yang menarik. Pertunjukan diadakan tepat jam 3 petang.
Bergambar dengan red Indian
Buat pertama kali Abg Thaqif menaiki roller coaster dengan mama. Tak tahu mana datang keberanian dia sampaikan dia nak ikut mama menaiki roller coaster. Tahap extreme tidak tinggi. Memang sesuai untuk kanak-kanak yang berusia dan setinggi Thaqif.
Lupe’s Adventure Perak’s first-ever roller coaster
Thaqif tak sabar sampai mengamuk sebab perlu beratur panjang sebelum dapat naik
Puas main, makan, tonton pertunjukkan, tiba masa untuk berendam. Memang sebelum itu pun anak-anak Fiza dah berendam dulu. Budak-budak mana boleh tahan bila nampak air. Dengan baju elok dorang dah nak lari masuk air. Memang sampai-sampai Thaqif dan Huwainaa Fiza tukarkan dorang dengan baju renang awal-awal lagi.
Kids Explorabay
Sandy Bay
Sempena cuti sekolah juga LWOT ada pameran Awesome Holidays yang mana mereka mempamerkan Barbie dan juga Hot Wheels untuk kanak-kanak. Tapi bila kami ke sini memang agak hambar juga kerana pameran seolah-olah tiba di penghujungnya. Permainan yang mereka sediakan tidak banyak dan sudah rosak. Untuk bergambar, tempat ini masih lagi cantik.
Bukan untuk dijual.. haha
Thaqif rambang mata tengok banyak kereta
Tinggal sebuah kereta sahaja untuk Thaqif main, itu pun boleh berebut dengan pengunjung lain
Huwainaa tak nak duk tempat kedua
Lumba basikal, Thaqif nak join tapi untuk kanak-kanak 6 tahun ke atas
Kedai cenderamata
Kami masuk pukul 11 pagi dan keluar tepat jam 6 petang. Serius memang seronok dan tak puas berada di Lost World of Tambun. Memang padat aktiviti bila datang ke sini. Itu pun ada yang kami tak sempat nak explore dan masuk untuk tengok. Waktu terlalu cepat berlalu dan setiap detik di sini adalah kegembiraan. Kami yang dewasa pun seronok ini kan pula Thaqif dan Huwainaa.
Terima kasih Sunway Malaysia atas sponsor dua keping tiket dewasa. Percutian yang amat bermakna buat kami di penghujung tahun 2019. Ada rezeki boleh datang lagi. Nak tahu kami menginap di mana sewaktu berada di sini. Nantikan entry seterusnya.
Wassalam.
1 Comments
Best ke sini. Penah datang. Tmpt dia besor, jenuh nak explore semua. Mana yang dan je la explore. Lagipun orang ramai w/pun masa gi tu bukan cuti sekolah kalau tak silap. Menarik ke sini ,budak2 mmg suka la. tambah2 nmpk kolam tu.
ReplyDelete